Thursday 21 March 2013

Tun Dr Mahathir enggan minta maaf pada Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual.

“Pelanggan saya tidak bersetuju dengan mana-mana tuntutan daripada Anwar,” kenyataan dari sepucuk surat daripada VK Lingam & co, firma guaman yang mewakili Dr Mahathir yang telah dihantar kepada peguam-peguam Anwar di SN Nair & Partners.

Satu ketika dahulu mereka adalah kawan rapat, Anwar dianggap ‘anak emas’ dan diperhatikan sebagai pengganti Dr Mahathir,” tetapi telah berlaku pergaduhan pada tahun 1998 berkaitan dengan polisis penyelesaian krisis kewangan Asia.

Berlaku pergelutan kuasa, dan Dr Mahathir telah memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada pada bulan September tahun itu, mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat, satu jenayah dalam kebanyakan negara Islam.

Anwar kemudiannya ditahan, didakwa di mahkamah atas tuduhan korupsi dan liwat, dan mahkamah memutuskan Anwar bersalah yang membawa hukuman 15 tahun penjara untuk kedua-dua dakwaan itu.

Anwar Berjaya dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dibebaskan pada tahun 2004. Beliau telah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan korupsi.

Kemarahan Anwar menyala semula, apabila Dr Mahathir, yang bersara daripada Perdana Menteri, memberitahu wartawan-wartawan pada tahun 2005 bahawa, “Saya tidak boleh mempunyai seorang peliwat dalam Kabinet saya.

“Cuba fikirkan bahawa … seorang homoseksual menjadi Perdana Menteri? Tiada siapa akan selamat,” katanya.

AIDC menterjemah artikel dari orientexpat.com bertajuk ” Mahathir refuses to apologise for calling Anwar ‘gay’”.


Dr Mahathir Tidak Bersetuju Tuntutan Anwar.
PUTRAJAYA, 7 Okt – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyetujui tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut beliau memohon maaf dan membayar pampasan sebanyak RM100 juta berhubung perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dalam surat balasan kepada surat tuntutan bekas timbalannya itu, Dr Mahathir berkata beliau akan bersungguh-sungguh mempertahankan prosiding memfitnah yang dibawa terhadapnya dan menerima khidmat proses undang-undang jika Anwar bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Surat daripada peguam Dr Mahathir, V.K. Lingam & Co itu telah diserahkan kepada peguam Anwar, Tetuan S.N.Nair & Partners.

Dalam suratnya, Dr Mahathir berkata Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya pada 2 Sept tahun lepas malah telah secara khusus menemui fakta bahawa Anwar sebenarnya terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Pada 23 Sept, Anwar menyerahkan surat tuntutan melalui peguam-peguam Dr Mahathir yang menuntut Dr Mahathir supaya memohon maaf secara sepenuh dan sebenar-benarnya dengan secara bertulis dalam tempoh 14 hari.

Permohonan maaf itu hendaklah disiarkan di dalam semua akhbar utama dan media elektronik pilihan Anwar.

Kandungan surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa peguam-peguam Anwar telah menerima arahan daripada Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang jika permintaan itu tidak dituruti.

Dalam surat itu, Anwar berkata beliau telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan melakukan sodomi dan bahawa perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan oleh Dr Mahathir itu telah secara langsung dan tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar seorang yang homoseksual.

Anwar mendakwa Dr Mahathir telah melafazkan perkataan-perkataan yang memfitnahnya itu dalam sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tun Razak pada 9 Sept yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita, media elektronik dan media bukan elektronik.

Pada 2 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membebaskan bekas timbalan perdana menteri itu daripada tuduhan melakukan sodomi.

Sumber-Bernama / Aidc

No comments:

Post a Comment