Monday 25 March 2013

Datuk Seri Mustapa Peneraju Pembangunan Ekonomi Kelantan.


Mustapa Mohamed Pembangun Ekonomi Kelate - #TukarKelantan



Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed terbukti mampu memajukan ekonomi Kelantan berdasarkan pencapaiaanya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mustapa dilihat calon "kuat bekerja" yang sesuai untuk menggantikan keadaan ekonomi statik kerajaan Pas Kelantan, yang sejak 22 tahun mengalami defisit di dalam bajet negerinya.

Setiap tahun kadar defisit yang dibentangkan mencecah RM25 hingga RM45 juta sehinggakan dijangka kedudukan kewangan kerajaan Pas menuju ke arah bankrup disebabkan ketiadaan usaha meningkatkan ekonomi negeri melalui pelaburan dan penjanaan ekonomi setempat. Kelantan kini dirundum kemelut ekonomi negeri kerana masih gagal memajukan ekonomi negerinya sejak pemerintahan Pas bermula 1990.

Kemasukan pelaburan asing yang berkurangan menjadi bukti pelaburan di negeri itu tidak rancak dengan kurangnya syarikat kilang daripada luar.

Di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga terdapat 600,000 rakyat Kelantan terpaksa mencari pekerjaan di luar negeri kerana sedikitnya peluang pekerjaan ditawarkan di dalam negeri.

Biarpun, kadar inflasinya rendah namun kadar kemiskinan di Kelantan merupakan antara negeri tertinggi di Semenanjung ini.

Begitupun, Mustapa, anak jati Kelantan, dilihat menjadi pemimpin terbaik daripada Barisan Nasional (BN) untuk menjadikan beliau sebagai catalyst dalam ekonomi Kelantan.

Ini terbukti apabila kementerian di bawahnya berjaya menjadikan Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM1.269 trilion tahun lalu, meningkat 8.7 peratus banding 2010, iaitu jumlah perdagangan tertinggi dicatatkan setakat ini.

Manakala eksport meningkat 8.7 peratus kepada RM694.55 bilion manakala import mencatatkan peningkatan 8.6 peratus kepada RM574.23 bilion tahun lalu. - kelatekito.net

No comments:

Post a Comment