Tuesday 12 March 2013

#Pray For Sabah: Jeneral Penceroboh Sulu Haji Musa Disahkan Mati.


Persoalan mengenai identiti kepada mayat Jeneral penceroboh Sulu yang ditembak mati pasukan kita dalam Ops Daulat di Tanjong Batu terjawab.Dia adalah Haji Musa ( gambar depan, dua dari kanan).
Perkara ini telah pun disahkan sendiri Ketua Polis Sabah,Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar di pusat media Felda Residence,Felda Sahabat,Lahad Datu pagi ini.
Sebelum ini media melaporkan mayat berkenaan adalah Haji Musa namun belum ada pengesahan rasmi.
Kejayaan pasukan keselamatan kita menembak mati salah seorang komander penceroboh juga mungkin menjadi sebab yang telah melemahkan semangat saki baki penceroboh.Haji Musa juga dikatakan ialah bekas orang kanan Moro National Liberal Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.Nur Misuari dalam reaksinya pada dakwaan itu telah menafikan penglibatan MNLF.
Sebelum ini ramai pihak hairan bagaimana Jamalul Kiram yang dakwa dirinya Sultan Sulu mampu taja gerombolan yang lengkap bersenjata canggih serta lojistik untuk menceroboh Sabah sedangkan dia diketahui tidak ada wang.Sekalipun komander utama gerombolan itu ialah azziemudin Kiram namun ada cakap-cakap berlegar tentang penglibatan orang-orang MNLF dalam pencerobohan itu.
Katanya jika ada pun mungkin mereka pergi sendiri-sendiri tanpa restu dan pengetahuan dari pergerakannya.
Kebelakangan ini perisikan Malaysia dan Filipina sedang giat menyiasat teori konspiorasi dibelakang pencerobohan mengejut ini.Nur Misuari mengakui ada bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.Namun katanya pertemuan itu cuma untuk mengadu mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia pada pendatang tanpa izin dari Filipina.
Dalam pada itu gambar pertemuan mereka ( tidak pasti bila) banyak tersiar di media dicelah kehangatan teori konsprasi ini.

anwar-nurmisuari-ok
Berkenaan dengan perkara iniAnwar telah menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha menghasut pencerobohan itu dan menyaman TV3 dan Utusan kerana didakwa cuba mengaitkannya.Laporan berkenaan sebenarnya adalah berdasarkan laporan beberapa media Filipina dan ajensi berita baru-baru ini tentang pertemuan tokoh pembangkang Malaysia dengan orang kanan puak Sulu tidak lama dulu.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan rakyat MALAYSIA mengapa Anwar hanya berani untuk menyaman Tv3 dan Utusan malaysia sedangkkan laporan mengenai perkara ini telah di keluarkan terlebih dahulu oleh pihak perisikkan Filipina dan juga media antarabangsa Reuters.

No comments:

Post a Comment