Saturday 9 March 2013

Agbimuddin Kiram dilaporkan selamat tapi 'kelaparan'.

Antara informasi terbaru mengenai pencerobohan Lahad Datu..

MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali
sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih
berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama
pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani
berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula
selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.

Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,”

Bagi saya tiada apa lagi yang patut dibincangkan kerana Nasi Sudah Menjadi Bubur.Mereka datang untuk cari mati maka mereka juga harus siap untuk berdepan dengan apa jua tindakan yang bakal di ambil oleh Pasukan Keselamatan Negara Kita.Seperti yang kita sedia maklum Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menegaskan meraka mesti meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.Malaysia telah menolak sama sekali tawaran gencatan senjata sebelah pihak yang ditawarkan oleh Jamalul Kiram III. 

No comments:

Post a Comment