Friday 22 March 2013

Rafizi Dakwa Agbimudin Kiram Bekas Kakitangan Awam Malaysia.

Tuduhan terbaru Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Agbimuddin Kiram, adik kepada Ketua Pencerobohan Lahad Datu sebagai rakyat negara ini dan bekas kakitangan kerajaan tidak harus dipandang enteng.





Agbimudin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram didakwa Rafizi pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610. Namun bagaimanapun, tuduhan Rafizi itu menimbulkan beberapa tanda tanya dan persoalan tentang kebenaran fakta tersebut.

Pertama, Rafizi tidak mengemukan sebarang dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan dokumen pembuktian yang menunjukkan bahawa Agbimudin Kiram masih rakyat tempatan.





Kedua, tuduhan Rafizi yang menyebut gaji permulaan Agbimudin sebagai kakitangan awam adalah RM610 pada tahun 1974 adalah tidak logik dan tidak tepat memandangkan pada kadar tukaran semasa, seharusnya gaji permulaan Agbimudin adalah sekitar RM7,000. Bagaimana seseorang yang baru menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam boleh diberikan gaji sebegitu lumayan?

Ketiga, walaupun Rafizi mengemukan beberapa dokumen, bagaimana boleh dipercayai dokumen itu tepat dan benar memandangkan sebelum ini beberapa dokumen yang dikeluarkan Pakatan Pembangkang merupakan dokumen palsu?

Keempat, dokumen yang dikemukan ternyata mempunyai beberapa perkataan yang tidak mengambarkan bahawa dokumen itu datang daripada tahun 1975 kerana wujud beberapa perbezaan ejaan pada zaman tersebut dengan ejaan pada zaman ini; mengambil contoh perkataan CITA dieja sebagai CHITA pada tahun 1975.

Beberapa persoalan lagi timbul, namun menurut sumber beliau minta Rafizi menjawab dahulu beberapa soalan tersebut memandangkan sebelum ini Rafizi pernah mengemukan beberapa tuduhan kepada kerajaan, namun kemudian senyap apabila tuduhan tersebut ternyata tidak benar.

Sebelum kerajaan menjawab tuduhan tersebut, eloklah Rafizi dahulu menjawab persoalan yang dikemukan kerana seeloknya yang menuduh disoal dahulu sebelum yang dituduh, memandangkan dosa menfitnah lebih berat daripada dosa difitnah.Di sini kita beri Rafizi masa untuk menjawab soalan yang beliau ciptakan untuk dirinya sendiri. Sumber - I.g.p

No comments:

Post a Comment