Tuesday 30 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13: KIRIMAN SMS KHAS ANGGOTA POLIS BUAT WARGA SANG SAKA BIRU.....


EKSKLUSIF #PRU13: KIRIMAN SMS KHAS ANGGOTA POLIS BUAT RAKAN SEPERJUANGAN SEMUA!


GR menerima kiriman sms dari kawan seorang Polis buat semua rakan seperjuangan khususnya anggota keselamatan negara.

Ini SMS dari kawan Polis:
Khutbah sebelum undi awal - Tatapan bagi semua Rakan seperjuangan,
Aku bukan lah orang Umno apatah lagi org PAS.
Aku org PKR? Sorry, gua lelaki TULIN.
Aku org DAP? Langkah mayat aku dulu!

Wahai Rakan seperjuangan - INGAT!!, siapa yg mengelarkan kita anjing kerajaan masa BERSIH sangat?

Sapa yg berarak membawa mayat Kugan keliling bandar dan menjerit kita pembunuh?
Sapa yg tampil kehadapan dlm kes Aminurasyid dan seterusnya mengelar polis trigger happy?
Disaat kita meratapi perwira kita yg gugur di Lahad Datu siapa yang galak mempertikaikan SYAHID kah mereka?

Kita terima saja gelaran yang mereka lemparkan kepada kita atas dasar profesionalisme dengan senyuman. 

Hari ini tibalah masanya utk kita menzahirkan kita bukan Anjing, bukan Pembunuh, bukan Trigger Happy dan Wira kami di Lahad Datu bukan sandiwara, malahan kami juga sanggup MATI utk mu MALAYSIA.

Walaupun Syahid kami telah dipertikaikan, maka rakan sekalian tentukan lah hari ini apa yg di perjuangkan oleh Sang Saka Biru , kepada semua rakan seperjuangan "Selamat Mengundi" Allah lebih mengetahui. Amin.

GR kata: Sebarkan!! Pada anggota keselamatan anda semua adalah WIRA kami sanggup berkorban demi negara tercinta.

#GE13 :PANAS!!!Tg Nik Aziz Cabar Ibrahim Ali Kemuka Bukti Sebenar Isu Hak Milik Tanah #SaveKelantan #TukarKelantan #PRU13





Nik Aziz miliki aset berupa lot tanah yang bernilai RM 4 Juta!

Pendedahan Presiden Perkasa yang juga calon Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali siang tadi bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengamal media baru di Kelantan.

Pendedahan tiga lot tanah yang dianggarkan bernilai RM4 Juta itu sekaligus meranapkan status 'zuhud' yang dipertahankan oleh TG Nik Aziz sepanjang menduduki kerusi empuk MB Kelantan.

Sebelum ini seorang rakan Facebook - Mohd Rodzi juga pernah mengirimkan kepada saya cabutan carian yang dibuat oleh beliau, hasilnya terbukti TG Nik Aziz memang memiliki beberapa lot tanah. Tetapi kertas cabutan tersebut agak kabur :- Double Y




Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini baru tanah sahaja, dan difahamkan nilai semasa kesemua tanah bernilai RM 4 juta, itupun belum lagi dikira stesen minyak Petronas yang dimiliki oleh isterinya. Kesemua harta ini diperolehi setelah Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan. Jadi tidak mustahillah Nik Aziz boleh dinobatkan sebagai "Ulama Zuhud Terkaya Di Malaysia".

Lihat sendiri bukti-bukti harta kekayaan Nik Aziz dan isterinya. Penulis tertanya berapakah pendapatan bulanan Nik Aziz dan isterinya yang dikatakan hanya suri rumah? Jika mempunyaiperniagaan apakah perniagaannya.-tukarkelantan














Kita tidak hairan jika aset-aset yang bernilai jutaan ringgit itu dimiliki oleh seorang MB yang tidak mengeluarkan fatwa-fatwa songsang kerana selari dengan kejahilannya, namun kita sukar menerima jika seorang MB itu dipuja alim namun rakusnya umpama serigala.

Rakyat menangis di Ulu Kelantan, tanah yang mereka teroka berpuluh tahun berterusan dinafikan oleh kerajaan Pas Kelantan. Adakah Nik Aziz lupa dengan mereka sehingga begitu tergamak untuk milik tanah-tanah sebagaimana berikut.-Gelombang.kick

Disini kelatetodays hanya bertindak untuk membantu menambahkan lagi power cermin mata pihak-pihak tertentu yang mungkin masih belum jelas berkenaan isu pemilikkan tanah persendirian Tg Nik Aziz yang hangat dan menggegarkan persada berita tanahair kita sejak semalam lagi.Berbagai andaian semestinya telah menjadi tanda tanya rakyat jelata.

Persoalan tentang kebenaran yang akan meniti dari bibir ke mulut ini mungkin akan mengakibatkan Tok Guru masuk spital lagi.Secara logik akal beberapa orang blogger dari negeri kelantan telah pun mengutarakan pendapat dan rasa hati masing-masing.Bagi penulis pula tak mustahil Nik Aziz boleh simpan aset-aset sebegini banyaknya.Berapa banyak tanah rakyat Kelantan yang telah tergadai dengan cara yang begitu licik sekali.Dengan apa yang telah berlaku bagi saya kemungkinan besar kebanyakkan lot - lot tanah ini adalah hasil pemberian dari beberapa "TYCOON BALAK".

Jumlah pemilikkan sebenar yang telah di dedahkan oleh Datuk Ibrahim Ali kesemuanya adalah 27 lot yang mana 14 lot diatas nama beliau dan 13 lot lagi diatas nama isteri beliau.Begitu zuhud sekali Nik Aziz hingga mampu untuk mempunyai harta terselindung yang pada masa ini di anggarkan berjumlah melebihi 10juta ringgit.

Buat mereka-mereka yang tegar dan terlalu taksub kepada PAS nasihat saya halusi dan nilaikan lah sendiri pemimpin-pemimpin anda ini.Disini juga jelas lah sudah mengapa Tg Nik Aziz tetap berkeras akan terus bertanding dan mempertahankan jawatan MB Kelantan walaupun dalam keadaan beliau berkerusi roda seperti saing baiknyer brother Karpal Singh.











SESUATU AKAN MENYUSUL SELEPAS INI.......JENG JENG JEEEEEEEENG......














Monday 29 April 2013

PRU13#[VIDEO] KHAS DARI KICKDEFELLA UNTUK TONTONAN HUSAM MUSA,AMACAM DATUK ADA BRAN KA!!!#BETTERNATION



Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa.



Syed Azidi atau Kickdefella juga turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Kalau tak silap penulis la dah banyak kali Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.Rakyat Kelantan dah banyak kali terkena dengan Haji Misai Kontot@Tuan Penasihat 25% ni.Tapi minta maaf la tuan penasihat kami tak izin kalau orang Putrajaya nak terkena sama........

INI AYAT POWER DARI SAHABAT PENULIS PADA HUSAM MUSA....

YY : Teringin nak tengok Husam debat dgn Kick...amacam Dato?

Sunday 28 April 2013

Pru13#1300 Orang Gegarkan Majlis Perasmian " Ihsan Samudera " 1 M D B " Di Bachok#tukarkelantan





Bacaan doa bagi memulakan Majlis Ihsan Samudera 1 M D B demi mendapat keberkatan dari Pencipta yg esa . . . Aamiiin Ya Robbala'lamiin.



Majlis perasmian " Ihsan Samudera " 1 M D B " ini telah di sempurnakan oleh Dato Dr Awang Adek Hussin, Tmbln Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Haji Hussin di hadapan 1,500 ahli Persatuan Nelayan Kawasan Bachok 28 April 2013 Ahad jam 11.00 pagi . . . Terima Kasih DS Najib terbukti " Janji Di Tepati.



Ahad 28 april 2013 jam 11.00 am, Dewan Haji Hussin, Perupok, Bachok
Seramai1,300 warga komuniti Persatuan Nelayan Kawasan Bachok yg menghadiri Program Ihsan Samudera 1 M D B dan berjanji akan mengundi calon-calon Barisan Nasional bagi Parlimen dan Dun Bachok.

P 25 Parlimen Bachok, Dato Dr Awang Adek Hussin
N 20 DUN Tawang, Tuan Haji Zain Yasim
N 21 DUN Perupok, Dato D
N 22 DUN Jelawat Dato ilias Hussin . . . BN Merentah, Kelantan Berubah !!!



Calun N 20 DUN Tawang Tuan Haji Mohd Zain Yasim berucap di Majlis Ihsan Samudera 1 M D B di hadapan 1,300 warga komuniti Persatuan Nelayan Kawasan Bachok di Dewan Haji Hussin pada 28 April 2013 Ahad jam 11.00 pagi . . . Insyaallah Tawang Berubah !!! —


                          




Calun N 21 DUN Perupok, Dato D mendapat sambutan hangat ketika berucap di Majlis Ihsan Samudera 1 M D B pada 28 april 2013 Ahad jam 11.00 pagi di Dewan Haji Hussin hadapan 1,300 warga komuniti Persatuan Nelayan Kawasan Bachok.Sambutan yang telah di berikan oleh majoriti masyarakat yang hadir tanpa ada yang berganjak keluar sehingga majlis selesai di jalankan.Jelas sekali mereka sememangnya telah lama menginginkan satu taraf hidup yang lebih baik seperti yang sedang di perjuangkan oleh kerajaan pada masa ini.Impian mereka ini tidak mustahil akan menjadi kenyataan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional berjaya mendapatkan mandat dari seluruh masyarakat kelantan pada pilihanraya kali ini.



#Pru13-Parti Ajaran Salah Hudud Terus Di Tempelak #Tukarkelantan#BetterNation

Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang telah menempelak PAS kerana terus menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yang begitu yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud sama sekali walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Menurut beliau juga PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Satu pendedahan yang amat memeranjatkan beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.Jika difikir dengan waras wajarkah seorang yang berkedudukan seperti Nik Aziz menghadiri persidangan seperti itu.Secara rasionalnya pula apakah peranan dan juga kepentingannya bagi para paderi-paderi hingga mereka menjemput Nik Aziz untuk bersama-sama dalam persidangan tertutup mereka.Jika di halusi saya lihat sepertinya Nik Aziz menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan masyarakat islam Malaysia khususnya.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

PAS dalam mana-mana kempen dan ceramah mereka terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata.Mereka yang terpedaya dan taksub pula tentunya akan percaya bulat-bulat tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.Jelas sekali bahawa PAS hanyalah sebagai alat dan tunggangngan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan yang sedia ada.



Apapun marilah sama-sama kita  layan video dibawah ini sebagai renungan dan panduan kita.






#PRU13 :Inilah Anwar Ibrahim Yang Sebenarnya Part2 #BetterNation




Kenali Anwar Ibrahim melalui video ini. Fokus yang bahasa Melayu. Penerangan oleh rakan-rakan seperjuangan dengan Anwar Ibrahim suatu masa dahulu.Ambo tok rajin nok kecek banyok,jadi maghi samo2 saksikei video istimewo ni.





Pru13# Pendedahan Eksklusif Husam Adalah Seorang Pemimpin Yang Terbaik Sekali #BetterNation

                        
Resume Husam - Husam hanya seorang pemimpin yang GAGAL




Gagal baca surah an-Nasr dengan betul, gagal dalam fitnah dan pembohongan terhadap Jawi sehingga disaman, gagal dalam banyak projek di Kelantan...

dari blog - http://www.1peluru.com/2013/04/pru13-panasss-pelacur-pondan-ekori.html

Sebelum membaca lebih lanjut jom kita pergi 'like' dulu FBpage P125 Putrajaya Tolak Husam (KLIK!)

Entri ini merupakan kesimpulan keseluruhan mengenai testimoni silam calon PAS Parlimen P125 Putrajaya - Husam Musa yang penuh dengan naratif kegagalan, penipuan & kemunafikan. Husam dicabar untuk memfailkan saman jika fakta2 yang diberikan di bawah hanya dongengan semata.

Husam Musa diberitakan membawa semua konco-konconya ke Putrajaya untuk berkempen habis-habisan di sini demi maruah politiknya yang sudah semakin kusam & masam di Kelantan. Khabar dari rakan2 di Kelantan, suasana kempen di Kelantan sekarang agak 'suram' bila Husam telah mengangkut semua 'geng jahat' PAS ke Putrajaya.

Mereka mendabik dengan jumlah penyokong di hari penamaan dan ceramah yang ramai tanpa bertanya sendiri adakah yang datang itu pengundi di Putrajaya. Mereka lupa penganut2 PAS sanggup menghabiskan minyak kereta datang dari jauh demi secangkir 'pahala' mendengar ceramah fitnah & maki-hamun. Mereka juga lupa BN juga ada segunung maruah yang perlu dipertahankan di sini, Husam Musa takkan melalui jalan mudah walaupun telah membelanjakan wang yang banyak memindahkan ribuan pengundi dari Kelantan untuk memangkahnya di kertas undi Parlimen Putrajaya.


Kita telusuri episod2 kegagalan Husam Musa sepanjang penglibatannya dalam politik... (KLIK IMEJ UNTUK BACAAN LEBIH JELAS)







Fakta paling jelas untuk mendedahkan penipuan Husam Musa adalah berkaitan kutipan Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat yang dirancangnya... Derma yang dinyatakan disalurkan kepada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan (di bawah Perbadanan Menteri Besar) sebenarnya menggunakan nombor akaun syarikat bernama Rowstead Systems Sdn Bhd. Hasil selidikan di SSM, Husam Musa merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut. Untuk lebih pencerahan, baca SINI (KLIK) dan SINI (KLIK)


Projek rancangan Husam hingga dia sinonim dilabelkannya sebagai 'HUSAM JAMNAPARI' adalah projek Jihad Ternak ternakan kambing baka Jamnapari yang menemui kegagalan kerana perselisihan faham di kalangan pemegang saham sehingga membawa isu ini menjadi kes mahkamah. Husam agak licik dalam semua urusan kerana menggunakan proksi dan tidak menggunakan perjanjian bertulis dalam semua urusan perniagaannya. Husam menyalahgunakan status politiknya sebagai Exco untuk mengarahkan GLC di bawah kerajaan PAS Kelantan menyalurkan modal untuk bisnes peribadinya. Baca kisahnya DI SINI (KLIK)




Koridor Depu Kelantan pula seakan muslihat untuk menarah bukit demi mengangkut balak dalam keluasan 1,000 hektar di Gua Musang bila selepas 5 tahun projek ini gagal memberikan sebarang hasil. Pokok depu biasanya mengambil masa 4 tahun untuk dituai hasil gaharunya. Baca SINI (KLIK) dan SINI (KLIK)



Husam cuba mengelak kaitannya dengan penyelewengan skandal dinar emas Kelantan dengan alasan tidak mengenali Umar Ibrahim Vadillo, CEO KGT yang menghadapi 3 laporan polis dari rakan kongsi kerana penyelewengan wang dalam projek ini. Namun bila blogger Kickdefella mendedahkan foto-foto mesranya bersama Umar, Husam membisu seribu bahasa. Baca SINI (KLIK)




Satu lagi kegagalan Husam Musa bila kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menarik sebarang pelaburan baru selama sudah 10 tahun. Berita ini bukan retorik kerana pendedahan ini dibuat oleh Ketua Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw sendiri yang kecewa dengan pengurusan ekonomi Kelantan. Husam selaku Exco Perancangan Ekonomi, Perniagaan & Kebajikan harus bertanggungjawab atas kegagalan ini... BACA SINI (KLIK)




Usai episod kegagalan, Husam Musa juga tidak lekang dengan penipuan demi kepentingan politik & peribadinya. Berita penemuan minyak di perut bumi Kota Bharu boleh dikatakan rekayasa semata kerana Husam gagal menunjukkan bukti saintifik atau geologikal mengenai perkara itu. Itu hanya dongeng berkait dengan tuntutan royalti minyak Kelantan demi memastikan PAS tetap relevan bertapak di Kelantan.




Ini satu lagi idea lucu dari kepala otak Husam Musa... Kambing Jamnapari dia gagal menguruskan dengan baik, berangan pula untuk menguruskan bullet train... Kah kahhh!!





Adakah projek Lebuhraya Rakyat satu keprihatinan serius Husan untuk kemudahan rakyat Kelantan atau muslihat untuk mengangkut balak di sepanjang laluan yang diratakan? Lebuhraya yang dikatakan percuma (tiada tol) tersebut sebenarnya berbentuk 'pre-paid' bila rakyat Kelantan terpaksa membayar tol terlebih dahulu atas nama 'derma' bagi menampung kos pembinaan. Baru kos pembinaan, belum lagi kos pengurusan lebuhraya...

Persoalannya sekarang ke mana perginya semua kutipan derma oleh rakyat bila sumbangan dimasukkan ke dalam akaun syarikat di mana Husam menjadi salah seorang pemegang sahamnya - Rowstead Systems Sdn Bhd. Rakyat Kelantan berdemo meminta penjelasan dari Husam, blogger GK mempersoalkan adakah wang tersebut digunakan untuk dana kempen Husam Musa di Putrajaya.... BACA SINI (KLIK)




Satu magik merentas masa akan dilakukan oleh Husam Musa bila Stadium Negeri yang akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh baru menjalani majlis pecah tanah & perletakan batu asas pada 30 MAC 2013 lalu sedangkan Husam telah mengumumkan dalam Sidang DUN (Perbentangan Bajet 2012 Kelantan) pada Oktober 2011, stadium tersebut akan bermula pada bulan MAC 2012. BacaSINI (KLIK)




Husam Musa & batu asas memang tidak dapat dipisahkan... ibarat irama & lagu! Bermula dari batu asas Jambatan Palekbang yang sudah layak diangkut ke muzium (17 tahun), Husam meneruskan kesinambungan pembinaan batu asas di seluruh Kelantan tanpa ada satu projekpun yang terlaksana. Batu2 asas ini cuma 'wayang' untuk rakyat Kelantan menaruh harapan akan ada pembangunan di kawasan mereka. Bila ditanya kenapa projek tidak terlaksana selepas bertahun2, alasannya Kerajaan Pusat tidak bantu & tidak memberi royalti minyak. Ingat lagi RM600 juta disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada PAS Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan dulu, duitnya entah ke mana... rakyat Kelantan tetap minum & mandi dengan air berkarat!




Kemunafikan Husam agak tipikal dengan pemimpin2 PAS lain yang cuba untuk mempergunakan sebanyak mungkin ayat2 suci al-Quran di dalam ucapan/ceramah demi menunjukkan kealiman, supaya senang berlagak seperti khawarij dengan mempertikaikan keimanan pihak lawan mereka (KLIK SINI). ALLAH memberi petunjuk awal bila surah asas dalam muqaddam, al-Nasr pun Husam gagal membacanya dengan betul...

Berkaitan pemecatan AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 ternyata satu FITNAH JAHAT oleh Husam Musa dan konco-konconya bila berita itu disebarkan melalui FBpage rasmi kempennya. Baca penafian oleh pihak JAWI DI SINI (KLIK)Husam sudah mula memainkan peranannya sebagai politikus kemaruk kuasa bila mengaitkan rumah ibadah dengan fitnah yang tidak berasas. JAWI akan mengemukan saman terhadap Husam Musa kerana memfitnah pihaknya. BACA (KLIK)






Di bawah ini pula merupakan petikan dari buku "SIAPA HUSAM?" yang membuatkan Husam meroyan dan menuduh Tengku Adnan menjadi dalang pengedarannya di seluruh Putrajaya. Husam tidak sedar dia mempunyai ramai musuh termasuk di dalam PAS sendiri (golongan anti-Anwar) dan rakan-rakan kongsi perniagaan yang pernah dikhianatinya. Bagaimanapun Tengku Adnan telah menjawab tuduhan Husam DI SINI (KLIK).


Siapa ekori Husam ke Putrajaya?? BACA SINI

Layakkah political animal seperti Husam Musa
mewakili penduduk kota seindah Putrajaya
bila testimoni silamnya penuh dengan cerita
kegagalan, penipuan, dan kemunafikan??

#PUTRAJAYA #TolakHUSAM


sumber
http://www.1peluru.com/2013/04/pru13-panasss-pelacur-pondan-ekori.html

Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz

Foto Istimewa Dari Sebahagian Artis Artis Yang Menyokong Barisan Nasional....Tahniah Semuanya





































Sumber-Melayu Berwawasan