Saturday 2 March 2013

Satu Kebangkitan Demi Masa Depan Anak Muda Kelantan




TPM berucap penuh semangat!

Anak - anak muda Kelantan kini sudah bangkit. Rakyat Kelantan mahu kerajaan Pas Kelantan ditukar. Kebanyakkan    rakyat Kelantan sudah jelek dengan segala janji - janji kosong yang telah di tabur oleh kerajaan Pas.

Dua puluh tiga tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek bagi sebuah kerajaan untuk membangun  kemajuan dan kebajikanrakyat.Golongan veteran yang dahulunya adalah pengikut Pas juga kini telah bersama - sama  melakukan perubahan demi masa depan generasi kelantan pada masa hadapan.



Mungkin itu kesimpulan mudah yang boleh dibuat berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negeri ini. Puluhan ribu rakyat bersama-sama dengan kepimpinan UMNO dan BarisanNasional (BN) mahu menyatakan kepada Pas bahawa kerajaan negeri ini akan ditukar.



Rakyat Kelantan sudah memahami tipu helah Pas yang selama ini hanya hidup di atas putar belit dan hanya bertopengkan ayat al-Quran serta hadis untuk menghalalkan cara.Semua ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran islam.


Ibarat pipi ditampar tak rasa sakit, tetapi dari kepala hingga ke kaki tubuh menggeletar menahan rasa.emuk rendam di dalam hati telah membakar dan menyemarakkan satu aura luar biasa di kalanganrakyat jelata terutamanya dari golongan remaja dan belia kelantan hari ini.Gelombang merah kini menjadi nadi kebangkitanrakyat yang benar-benar mahukan perubahan.



Semalam anak  muda yang dulunya dikatakan menjauhkan diri daripada BN tetapi hari ini keadaan itu berubah. Lebih 20,000 anak muda Kelantan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – ini adalah rekod kerana buat pertama kalinya puluhan ribu anak muda Kelantan bersatu bersama pemimpin BN selepas 20 tahun Kelantan di bawah pemerintahan Pas.



Kompleks Kebudayaan Tanjung Chat sesak!



Rakyat Kelantan bersatu hati melaungkan 'Tukar!'



VVIP yang turut bersama YAB TPM


Dalam ucapannya, TPM mengingatkan rakyat Kelantan mengenai 7 janji-janji yang disebut oleh YAB PM, Dato Seri Najib Razak sewaktu lawatan ke Kelantan sebelum ini. 

7 janji-janji tersebut adalah membina Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu, membina stadium baru, mengatasi masalah air, membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), membina UiTM bandar Kota Bharu, membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta dan menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu. 

TPM juga berkata Barisan Nasional kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan. Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.

Beliau juga mahu rakyat membuat perbandingan antara manifesto BN dan manifesto PR. Kata beliau, rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut.






No comments:

Post a Comment