Tuesday 19 March 2013

ISU AIR KELANTAN -TERPAKSA CURI AIR UNTUK MANDIKAN JENAZAH.



Menurut laporan media, akibat bekalan air yang tidak kunjung tiba, penduduk Kg Atas Kok terpaksa mencuri air untuk memandikan jenazah.



Di sini terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terpaksa berkongsikan perkara ini dengan umum.Tidak terlintas langsung di hati saya untuk mengaibkan sesiapa terutamanya rakyat Kelantan. Saya berasa malu dengan kejadian ini, sampai rakyat terpaksa mencuri air untuk memandikan jenazah.Demi kebaikkan semua besar sekali harapan saya agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.Melalui penelitian yang saya lakukan melalui beberapa laman blog dan sumber2 lain, saya bingung memikirkan mengapa isu air Kelantan tak pernah selesai dari dulu lagi.

"Pada tahun lepas sahaja kerajaan Pusat membelanjakan sebanyak RM213 juta untuk membangunkan loji dan kemudahan bekalan air yang mana selepas dibangunkan akan diserahkan secara percuma kepada kerajaan Pas Kelantan. Peruntukan ini adalah yang ketiga tertinggi di jika dibandingkan denagn negeri-negeri lain.
Masalah air bersih di Kelantan ini bukanlah satu isu yang baru.Namun sangatlah menyedihkan sehingga nak mandi mayat pun rakyat terpaksa mencuri air.!

Andai katalah  hudud sudah benar2 dilaksanakan di Kelantan, bagaimana agaknya hakim-hakim Nik Aziz nak menghukum penduduk kampung? Antara kewajipan melaksanakan fardu kifayah dengan kesalahan mencuri air, apa pertimbangannya disitu?

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597.8 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam tempoh 12 tahun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah “menganaktirikan” Kelantan biarpun ia diperintah oleh PAS sejak 1990.

Katanya, peruntukan pinjaman yang sudah diterima AKSB setakat ini adalah RM540 juta daripada kelulusan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM618 juta

Ini hanya satu contoh dan saya yakin bahawa perkara seumpama ini mungkin telah biasa berlaku di Kelantan. 
Adakah perkara seperti ini memang segaja tidak dilaporkan atas sebab-sebab tertentu. Buktinya, sebab akses rakyat kepada bekalan air bersih di Kelantan masih tak lebih 60% - jauh lebih buruk dari negara miskin Afrika seperti Gabon dan Gambia (lebih 80%)!!.Itupun dengan bantuan kerajaan pusat, kalau tanpa bantuan kerajaan pusat, mahu setaraf Papua New Guinea (40%).Persoalannya disini kemanakah semua wang yang telah di berikan oleh kerajaan pusat hingga rakyat kelantan terpaksa berbuat sedemikian rupa.




No comments:

Post a Comment