Tuesday 30 October 2012

Pas Kelantan Terus Pertahan Nik Aziz Untuk Bertanding Pada PRU

KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya. -Sinar Harian

Monday 29 October 2012

Bukti Pas Kelantan Hadapi Masalah Dalaman Serius

PASIR MAS – Tindakan Pas Kelantan mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan kekal menjadi Menteri Besar membuktikan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman yang hebat terutama dalam mencari pengganti yang sesuai. 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas Kelantan menyedari bahawa Mursyidul Am Pas itu sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat kerana masalah kesihatan yang serius. 

Beliau berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sendiri sepatutnya menjadi penggerak kepada program dan pembangunan negeri dan bukannya menyerahkan tugas berat itu kepada orang lain. 

“Saya melihat beberapa implikasi daripada kenyataan Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ini, pertama, beliau mengetahui Nik Abdul Aziz mempunyai anak emas iaitu Datuk Husam Musa, jadi untuk menyekat Husam daripada menjadi Menteri Besar, beliau membuat kenyataan memaksa Nik Abdul Aziz supaya terus memimpin. -Utusan Malaysia

Sunday 28 October 2012

Kerajaan Kelantan Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Teguran Ketua Audit

TANAH MERAH - Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat. 

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projektersebut menggunakan wang rakyat. 

"Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha di kediamannya di sini Sabtu. 

Mustapa berkata,projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasukprojek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. 

"Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan," katanya. 

Beliau berkata,rakyat negeri ini tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta. 

Ditanya Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon PilihanRaya Umum ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, Mustapa berkata,pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. 

Beliau berkata,semua pihak boleh memberi pandangan bagaimanapun keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu. 

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat ketikamenyuarakan kemungkinan tersebut berkata perbezaan daripada amalan biasa itu tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN. - Bernama

Saturday 27 October 2012

Turun Padang, Gempur Sekarang, Jangan Tunggu Hingga Semboyan Pilihanraya – Ahmad Maslan

Pengerusi Biro Publisiti Dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan menasihatkan jentera parti untuk tidak menunggu sehingga semboyan pilihan raya dibunyikan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya sudah boleh turun padang untuk berjumpa rakyat khususnya menyebarkan risalah-risalah kempen kepada rakyat di akar umbi. 

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan mesar di Pasar Borong Selayang bersama jentera BN Selayang dengan mengedarkan lebih 3,000 risalah Bajet 2013. 

“Kita jangan tunggu sehingga ke saat akhir, sebaliknya program tinjauan mesra, program yang dipelopori YAB Perdana Menteri dan Timbalannya, elok untuk kita pimpinan di bawah ini turuti kerana ia mudah, tidak melibatkan kos yang tinggi namun ianya memberikan kesan yang sangat baik kepada masyarakat di akar umbi. 

“Ia baik dilaksana dan dibuat di tempat-tempat strategik dan menjadi tumpuan ramai dan lebih elok jika ia bersekali dengan kompenan BN sebagai satu pasukan. Contohnya hari ini, tinjauan ke Pasar Borong Selayang, kita dapat berjumpa ramai orang, malah laungan 1Malaysia tadi dari pengunjung pasar membuktikan bahawa Gagasan 1Malaysia yang diilham YAB Perdana Menteri dapat diterima oleh masyarakat dari segenap lapisan,” ujarnya selepas membuat tinjauan mesra di pasar Borong Selayang, di sini hari ini. 

Turut sama dalam tinjauan tersebut ialah Datuk Subahan Kamal, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Taman Templer, Jessie Ooi, Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi Pemuda BN Selayang dan kepimpinan BN Selayang yang lain. 

“Usaha ini perlu kita lakukan di semua tempat, di seluruh negara. Hari ini kita di Pasar Borong Selayang ini, ianya menjadi tumpuan orang ramai. Risalah-risalah penerangan, tidak semestinya mengenai Bajet 2013, tetapi juga risalah-risalah penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dapat diedarkan ke seluruh negara oleh jentera-jentera penerangan BN bahagian dan negeri. 

“Edar dari sekarang, jangan tunggu pilihanraya baru nak edar. Ianya kena diedarkan secara berkala, secara kerap di tempat tumpuan-tumpuan,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO. 

Dalam masa yang sama, beliau melihat langkah mengumumkan calon pilihan raya lebih awal mempunyai kesan positif dan negatif. 

“Yang baiknya, calon yang dipilih itu boleh mengerakkan jentera dan bekerja dengan lebih awal namun kesan buruknya, ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang tidak terpilih. 

“Orang yang kecil hati kerana tidak terpilih itu lebih panjang masanya. Katakanlah calon yang sedia ada sekarang tidak dapat jadi calon, tentunya ia mempunyai banyak masa memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan usaha-usahanya selama ini menjadi sia-sia, usaha penyokong-penyokongnya menjadi sia-sia dan boleh menyebabkan wujud usaha-usaha untuk memboikot calon yang dipilih kelak. 

“Namun, kita belum ada cadangan untuk mengumumkan calon lebih awal dan pucuk pimpinan pun tidak pernah memberikan komitmen itu tetapi percayalah bahawa di satu-satu tempat itu ada banyak winnable candidate, lebih dari seorang tetapi yang akan dapat hanya seorang, jadi pada pandangan saya, kepada mereka yang tidak dapat, ia bukanlah penghujung dunia untuk mereka, ada banyak lagi rezeki lain dan jika mereka terus menunjukkan kesetiaan pada parti, ada banyak lagi perkara-perkara lain yang mereka akan dapat daripada kesetiaan mereka itu,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Wednesday 24 October 2012

Pas Jangan Jadi Macam Ayatullah Tak Boleh Ditegur Dan Disentuh - Dr.Asri

SHAH ALAM – Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak. 

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang. 

“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. 

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas… kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur. 

Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik. 

Sementara itu, beliau turut mendakwa ada budaya mengampu dengan wang yang dibawa Umno masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut. 

“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit. 

“Sebab itu orang banyak duit jadi pemimpin, ini yang saya lihat. Saya tidak nafi perkara itu kerana saya kenal ramai di antara mereka. Tetapi perkara ini semakin hari semakin disuburkan, dan inilah peranan ulama untuk memperbetulkan keadaan itu,” katanya.- Sinar Harian

Tuesday 23 October 2012

Lim Kit Siang Perjuangkan Negara Sekular, Pas bagaimana?

Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma. 

Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. 

Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak? 

Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan? Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan. 

Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan. Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. 

Maka, bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular. 

Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah, apa kata PAS? 

Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar? Tentu sekali tidak, kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam. 

Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini. Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya? Jika ya, apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO, atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular? 

Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP. Sudahnya, PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular. 

Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam. Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil-alih iaitu ‘menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu’ sekali gus ‘Rejimen Askar Melayu DiRaja’, ‘menghapuskan hak istimewa bumiputera’ dan ‘membuang Islam sebagai agama rasmi negara’. 

Bagi mereka-mereka yang na?f dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya. 

Justeru, dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular, maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP. Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS, maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri. -Mynewshub

Monday 22 October 2012

Ketua Audit Negara mahu agensi Kerajaan beri perhatian aspek kewangan

KOTA BHARU - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang meminta ketua jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan memberi perhatian serius dan teliti dalam soal berkaitan kewangan.

Ini katanya bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan sentiasa dipatuhi.

"Ini merupakan cabaran yang besar kepada ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini," katanya berucap pada majlis perasmian Wisma Audit Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjong, di sini hari ini.

Beliau juga mahu ketua jabatan dan agensi terbabit mengambil iktibar daripada teguran Jabatan Audit agar dapat mengelak kelemahan seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan daripada berulang.

Katanya kecemerlangan dalam menguruskan hal kewangan memerlukan warga kerja yang kompeten dan teliti dalam menjalankan pekerjaan dengan pengawasan rapi oleh ketua mereka.

Ambrin juga berharap jabatan dan agensi pelaksana sentiasa mengambil langkah penambahbaikan dalam merancang, melaksana dan memantau sesuatu projek untuk mengelakkan kelewatan selain memastikan kualitinya terjamin.

Wisma Audit Negeri Kelantan itu yang bernilai RM18 juta dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun lepas.

Majlis perasmiannya hari ini disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Turut hadir Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Bernama

Sunday 21 October 2012

SPR Siapkan Draf Kod Etika Kerajaan Sementara

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasi

Wan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya. -Malaysiakini

Saturday 20 October 2012

Nik Aziz Syorkan Bubar Umno Dan Naung Dalam Satu Parti

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.

Friday 19 October 2012

Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk Tangani Ahli Sabotaj Parti

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengambil resolusi untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhiant atau mensabotaj terhadap UMNO dan calon Barisan Nasional (BN). 

Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil yang tidak berkepentingan daripada Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin UMNO. 

“MT setuju untuk mewujudkan jawatankuasa ini sebagai cerminan hasrat parti agar tindakan tegas dapat diambil dengan segera terhadap sesiapa yang mengambil sebarang tindakan yang boleh merosakkan parti,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn petang ini. 

“Kita juga setuju untuk lantik seorang anggota di tiap-tiap bahagian yang akan memberi laporan kepada jawatankuasa pemantau untuk disalurkan kepada jawatankuasa tersebut, di samping laporan secara terus kepada ibu pejabat dan secara online boleh dihantar. 

“Kita juga bersetuju supaya definasi sabotaj dan khianati itu dihuraikan supaya semua orang jelas dan tahu apakah tindakan-tindakan yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang boleh dikaitkan dengan fasal tersebut,” katanya lagi. 

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 10.15 dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan UMNO, maka majlis tertinggi setuju untuk mewujudkan jawatankuasa khas ini. 

Fasal 10.15 menyebut; Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti sementara Fasal 20.3 ialah Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian. 

Tambah beliau, Jawatankuasa Khas ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. 

Dalam masa yang sama, Najib turut memaklumkan berkaitan persiapan Perhimpunan Agung UMNO yang berjalan lancar dengan tiga usul diluluskan iaitu, ucapan dasar Presiden, ekonomi dan ususl agama dan pendidikan. 

Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung selama lima hari bermula 27 November hingga 1 Disember ini. 

Menjawab soalan berkaitan termetrainya perjanjian damai Bangsamoro di Selatan Filipina, beliau memberitahu bahawa perjanjian ini adalah hasil sumbangan Malaysia yang secara konsisten telah kita dilakukan sejak 2001dan pasukan fasilitator ditempatkan pada 2004. 

“Banyak lagi yang kita telah lakukan untuk membawa kepada rundingan yang telah menghasilkan perjanjian dan ditandatangani di Manila baru-baru ini.” – MediaUmno

Umno Dakwa Husam Silap Dengan Kenyataan DAP Lebih Baik Dari Umno

Umno melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan syiar Islam bukan sahaja dalam pembinaan masjid, tetapi bidang lain seperti pendidikan, perundangan, ekonomi dan sebagainya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara seperti itu tidak pernah dilakukan DAP hingga ke hari ini.

“Berapa banyak masjid dibina DAP?

“Apa sahaja berkaitan Islam seperti pelaksanaan hukum hudud dan sebagainya ditentang secara terang-terangan oleh DAP.

“Satu perkiraan politik yang amat silap apabila membandingkan DAP lebih baik daripada Umno hanya bertujuan memancing undi bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Husam Musa semalam yang menyifatkan DAP lebih baik daripada Umno.

Menurutnya, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan itu adalah silap kerana beliau tidak menilai sumbangan Umno bagi meninggikan syiar Islam di negara ini. 

Husam turut merujuk penentangan DAP terhadap keputusan Kerajaan Pusat yang mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1978 dan peruntukan disalurkan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada masjid di negeri berkenaan.

“Berapa banyak peruntukan DAP salurkan kepada masjid di Pulau Pinang berbanding apa dilakukan BN sebelum 2008 lalu?

“Jangan jadikan dua isu ini sebagai kayu ukur kepada Umno, sebaliknya dia (Husam) perlu lihat apa yang dilakukan oleh Umno selama ini bagi meninggikan syiar Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau harap masyarakat Melayu dan Islam dapat membuat penilaian tepat mengenai kenyataan itu.

Katanya, kenyataan itu sama sepertimana dilakukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sentiasa pertahankan DAP walaupun parti itu sentiasa menentang dasar perjuangan Pas. -Sinar Harian

Thursday 18 October 2012

Audit : Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan Tidak Memuaskan

PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN TEBING SUNGAI KELANTAN 

Pengauditan dijalankan bagi menilai sama ada Projek PTSK telah dirancang dan dipantau pelaksanaannya untuk memastikan objektif projek usaha sama yang ditetapkan tercapai. 

Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap Projek PTSK. Semakan telah dilakukan terhadap dokumen dan fail yang berkaitan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. Di samping itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat serta lawatan ke tapak projek di Zon B dan Zon D juga telah dilakukan. Pandangan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri juga diminta berkaitan perjanjian projek. 

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati pengurusan Projek PTSK adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah: 
  • Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan seperti mana dalam perjanjian. 
  • Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan. 
  • Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank. 
  • Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat. 
  • Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek. 
Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri 
Komponen Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri 

a. Projek usaha sama dijalankan berdasarkan konsep memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Syarikat dan Kerajaan Negeri. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas tidak melebihi 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan seperti berikut:
 
i. Sebuah masjid bernilai RM20 juta. 

ii. Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta. 

iii. Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR. 

iv. Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta. 

v. Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta. 

vi. Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra. 

vii. Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani. 

viii. Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa. 

b. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2011, Syarikat belum melaksanakan komponen projek fizikal iaitu masjid, stadium tertutup wanita, penyerahan tanah seluas 13 ekar di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra dan Jambatan Baru (Kg. Cina – Palekbang). Komponen bukan fizikal yang masih belum diserahkan ialah wang tunai bersamaan nilaian JKR bagi pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra berjumlah RM90 juta (jambatan tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan) dan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah berjumlah RM12 juta. 

Pelaksanaan Projek Tidak Mengikut Jadual 

a. Kedudukan Semasa Projek 

i. Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek di dalam Perjanjian, tempoh pelaksanaan projek adalah selama 12 tahun bermula tahun 2003 sehingga tahun 2015 seperti Jadual 2.2. Lawatan Audit ke tapak projek di Zon B dan D pada bulan November 2011 mendapati Syarikat telah menyiapkan kemudahan asas dan infrastruktur iaitu retaining wall sepanjang 4.6 km, esplanade sepanjang 1.5 km, terminal bas sementara, jalan keluar masuk, bangunan hypermarket TESCO dan 142 unit rumah kedai 3 tingkat.Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek, kesemua kerja pembinaan termasuk komponen sumbangan perlu selesai dilaksanakan pada tahun 2007 kecuali kerja-kerja pembinaan lain. 

ii. Bagaimanapun, Syarikat masih belum melaksanakan sebahagian besar projek yang dirancang walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015. Sehingga Mac 2012 kerja pembinaan masjid, stadium dan jambatan masih belum dimulakan walaupun mengikut Jadual Pelaksanaan Projek ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007. Pembangunan projek banyak tertumpu di Zon D seperti Rajah 2.3 dan Gambar 2.1 manakala projek di Zon A, B dan C masih belum dimulakan. 
 
iii. Pihak Syarikat memaklumkan antara sebab kelewatan projek ialah:
  • Kos bahan mentah meningkat. 
  • Pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada Syarikat. 
  • Pengambilan balik tanah di Zon B untuk projek tebatan banjir seluas 9.83 ekar menyebabkan Syarikat tidak dapat menjana hasil kerana tanah di kawasan tersebut strategik dan bernilai tinggi.

b. Kedudukan Semasa Projek Mengikut Zon Pembangunan

i. Pembangunan Zon D

Pembangunan Zon D (TESCO ke Kg. Pintu Geng) seperti di Rajah 2.4 serta Gambar 2.2 hingga Gambar 2.5 meliputi kawasan seluas 283.33 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan kemudahan awam. Lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati pembangunan projek hanya bertumpu di zon ini yang terdiri daripada komponen projek berserta kemudahan asas seperti berikut:

  • Retaining wall sepanjang 4.5 km; 
  • LaluanLaluan pejalan kaki (esplanade) sepanjang 1.5 km; 
  • Terminal bas sementara; 
  • Jalan keluar masuk utama (JKR 10); 
  • Bangunan hypermarket TESCO; dan 
  • Rumah kedai 3 tingkat sebanyak 142 unit.
Bagaimanapun komponen sumbangan yang sepatutnya dibina di Zon D iaitu masjid bernilai RM20 juta belum dimulakan pembinaan walaupun berdasarkan jadual pelaksanaan ia sepatutnya siap pada bulan November 2005. Syarikat juga belum menyediakan 130 buah gerai untuk petani yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta. Manakala penyediaan tanah di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra seluas 13 ekar bernilai RM46.11 juta telah siap ditebus guna tetapi masih belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

 
ii. Pembangunan Zon B

Pembangunan Zon B (Istana Kota Lama ke Kg. Cina) meliputi kawasan seluas 56.03 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kemudahan awam. Lawatan Audit mendapati pembangunan yang telah dilaksanakan di zon ini hanya meliputi infrastruktur iaitu retaining wall dan tebus guna tanah bagi penyediaan tapak istana seluas 11.76 ekar yang bernilai RM41 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

iii. Pembangunan Zon A Dan C

Pembangunan Zon A (Kg. Tikat ke Pulau Jerami) meliputi kawasan seluas 33.11 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kawasan rekreasi. Manakala pembangunan Zon C (Kg. Laut, Tumpat) meliputi kawasan seluas 344.34 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan rekreasi. Semakan Audit mendapati pembangunan di Zon A dan C belum dijalankan lagi termasuk komponen sumbangan iaitu Jambatan Kg. Cina-Palekbang (Zon A) dan stadium tertutup wanita (Zon C).

Status Komponen Sumbangan Syarikat

a. Semakan Audit mendapati komponen sumbangan berjumlah RM45.68 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sehingga Disember 2011 status sumbangan adalah seperti berikut:

i. Berdasarkan perjanjian, bayaran bulanan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang pertama sejumlah RM1 juta perlu dijelaskan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh bermulanya projek pembinaan iaitu pada Januari 2005. Manakala bayaran terakhir perlu dijelaskan pada bulan Mac 2006. Sehingga bulan Disember 2011 Syarikat hanya membayar sejumlah RM3 juta atau 20% daripada keseluruhan sumbangan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang berjumlah RM15 juta. Bayaran pertama berjumlah RM1 juta telah diserahkan pada bulan Januari 2009 manakala bayaran RM2 juta dijelaskan pada bulan Julai 2009.

ii. Mengikut perjanjian, Syarikat perlu menyerahkan tanah seluas 25 ekar selepas tanah dikosongkan dan selesai ditebus guna di kedua-dua belah Jambatan Sultan Yahya Petra. Syarikat telah menyerahkan dan memindah milik tanah kepada Kerajaan Negeri seluas 11.77 ekar yang bernilai RM41 juta pada 18 Julai 2011, manakala tanah seluas 13.23 ekar yang bernilai RM46 juta di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

iii. Mengikut Perjanjian Projek Jadual 6, Syarikat perlu memberi sumbangan kepada 134 petani selama 3 tahun berjumlah RM1.98 juta. Selain itu, Syarikat akan membina dan menyediakan gerai perniagaan kepada petani. Bagi petani yang tidak mahu berniaga, gerai yang disediakan akan diberi sewa dan hasil sewaan akan diserahkan kepada petani. Semakan Audit mendapati Syarikat telah membuat bayaran kepada 134 orang petani yang telah menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun berjumlah RM1.68 juta.

b. Ringkasan kedudukan komponen sumbangan adalah seperti Jadual 2.3. Maklum balas daripada UPEN bertarikh 22 Mei 2012 menyatakan, selain daripada sumbangan yang disebut di dalam Perjanjian, terdapat juga beberapa sumbangan tidak langsung kesan daripada projek ini kepada ekonomi dan rakyat Negeri Kelantan. Antaranya ialah hasil premium dan cukai tanah, cukai bandar, terminal bas sementara, pertambahan peluang pekerjaan, pertumbuhan perniagaan, pertambahan peluang pendidikan serta sebagai kawasan tarikan pelancongan.
Penilaian Semula Jumlah Sumbangan Syarikat Kepada Kerajaan Negeri

a. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menerima komponen sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal berjumlah RM389.09 juta daripada Syarikat sebagai balasan menyerahkan tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar. Bagaimanapun keluasan sebenar tanah yang boleh diserahkan kepada Syarikat hanyalah seluas 716.8 ekar. Mesyuarat MMK pada 2 Julai 2009 membuat keputusan supaya UPEN mengambil langkah mengurangkan kawasan projek daripada 1,000 ekar kepada 716.8 ekar. Selain itu, pihak UPEN juga diminta untuk menilai semula sumbangan Syarikat kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan pengurangan kawasan projek tersebut serta membuat rundingan lanjut.

b. Berdasarkan penilaian harga semasa, nilai tanah yang telah diserahkan kepada Syarikat seluas 716.8 ekar adalah RM318.29 juta. Butiran lanjut nilai tanah adalah seperti Jadual 2.4.

Berdasarkan penilaian semasa harga tanah, pihak UPEN telah mengemukakan cadangan alternatif penyelesaian untuk pertimbangan MMK seperti Jadual 2.5. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui MMK pada 7 September 2011 telah membuat keputusan untuk melantik firma audit swasta dengan kos perkhidmatan sejumlah RM37,100 bagi tujuan menilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri. Laporan firma audit swasta telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada bulan April 2012. Pihak Audit telah meminta laporan tersebut secara rasmi pada 15 April 2012 tetapi sehingga kini belum menerima jawapan.

 
Pada pendapat Audit, pihak Kerajaan Negeri dan Syarikat perlu menyelesaikan segera masalah pengurangan keluasan tanah yang diserahkan kepada Syarikat dan penilaian semula sumbangan kepada Kerajaan kerana melibatkan pindaan perjanjian dan tempoh perjanjian tamat pada tahun 2015.

Kepentingan Kerajaan Negeri Tidak Dilindungi

Pindah Milik Tanah Kepada Syarikat

a. Artikel 5 Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat. Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009. Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti Jadual 2.6. Bagaimanapun, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.

 
b. Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar. Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.

c. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan. Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

d. Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Bon Jaminan Pelaksanaan Tidak Diserahkan

Berdasarkan Klausa 7.18 Perjanjian Projek, Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Jaminan Pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani bagi tujuan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri ke atas tanah sekiranya projek tersebut tidak dapat disempurnakan oleh Syarikat. Semakan Audit mendapati bon jaminan pelaksanaan sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta yang dipindah milik tidak diserahkan oleh Syarikat.

Pihak Audit dimaklumkan perkara ini berlaku kerana pihak UPEN tidak menyedari mengenai klausa tersebut dalam perjanjian. Bagaimanapun sehingga kini surat tuntutan bon jaminan pelaksanaan kepada Syarikat belum dikeluarkan oleh pihak UPEN. Pada pendapat Audit, penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Penilaian Terhadap Cadangan Projek PTSK

Projek PTSK melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang melibatkan kos lebih kurang RM2 bilion. Antara komponen projek yang akan dimajukan ialah projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. Projek ini dicadangkan oleh pihak Syarikat melalui usaha sama dengan Kerajaan Negeri. Untuk melaksanakan projek usaha sama ini Kerajaan Negeri sepatutnya melantik pakar untuk membuat penilaian projek sama ada viable atau tidak dan kepentingan rakyat terjamin kerana Kerajaan akan memberi tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar yang bernilai RM657 juta. Pihak Audit mendapati tiada kajian terperinci dibuat oleh pakar untuk menilai kemampuan syarikat dari segi kewangan dan prestasi, kemampuan Syarikat melaksanakan projek serta keluasan sebenar tapak projek yang akan diberi.

Berdasarkan kertas cadangan UPEN yang diangkat untuk kelulusan MMK, didapati Jawatankuasa Teknikal yang dilantik hanya membuat penilaian biasa berdasarkan pandangan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Penilaian yang dibuat adalah berkaitan dengan tapak projek dan kesan kepada alam sekitar.

Mesyuarat MMK pada 19 Jun 2002 telah meluluskan projek ini berdasarkan pandangan dan mengesyorkan melalui Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh UPEN. Kegagalan Kerajaan Negeri membuat penilaian dan tidak mendapat maklumat terperinci berkenaan kemampuan dan kedudukan kewangan sebenar Syarikat menyebabkan pelaksanaan projek ini tidak mengikut jadual dan sebahagian besar komponen sumbangan tidak dapat diserahkan mengikut jadual dalam perjanjian. Pada pendapat Audit, penilaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak menyeluruh kerana tidak meliputi kajian terhadap keupayaan Syarikat, keluasan sebenar tapak projek dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

SYOR AUDIT

Berdasarkan kelemahan yang ditemui, pihak Audit mengesyorkan Kerajaan Negeri/Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan mengambil tindakan seperti berikut:
  • Membuat penilaian terhadap sumbangan Syarikat kepada Kerajaan Negeri.
  • Penilaian hendaklah berdasarkan nilaian tanah semasa dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Syarikat. 
  • Setiap projek usaha sama perlu dikaji dengan teliti oleh pakar dan Agensi Kerajaan Negeri dilantik untuk mengurus dan memantau pelaksanaan projek. 
  • Pihak UPEN perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan Syarikat menyerahkan bon jaminan pelaksanaan sebagaimana dalam perjanjian. 
  • Pihak Kerajaan Negeri perlu meneliti setiap terma dalam perjanjian usaha sama dengan terperinci supaya kepentingan Kerajaan dan rakyat terjamin. - Laporan Ketua Audit Negara. Laporan Audit diatas juga sebahagiannya mengesahkan luahan kesengsaraan hati penduduk di Lembah Sireh pada rakaman video dibawah:  -Sumber - Gelombangkick

Husam Keluarkan Kenyataan DAP Lebih baik Daripada Umno

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.

"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.

Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.

Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu. -Sinar Harian

Wednesday 17 October 2012

Tiada Permohonan Dari Kelantan Untuk Bina Lebuh Raya Rakyat - Shaziman

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan berhubung pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai. 

Shaziman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi kementeriannya bagaimanapun berkata hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang exco negeri pimpinan PAS itu mengenai pelancaran majlis pecah tanah projek berkenaan. 

"Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan untuk pembinaan lebuh raya tersebut, sebaliknya saya hanya menerima panggilan telefon daripada exco memberitahu mengenai pelancaran majlis pecah tanah. 

"Saya bersetuju sekiranya kerajaan Kelantan ingin berbincang dan meminta bantuan teknikal daripada kerajaan Pusat," katanya merujuk kepada inisiatif Kelantan mengutip derma bagi pembinaan lebuh raya tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion. 

"Saya tidak yakin dapat kutip derma untuk RM1.8 bilion," katanya lagi. 

Ahli Parlimen Tampin itu turut menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak prnah menghentikan pembinaan lebuh raya tersebut, sebaliknya ia hanya ditangguhkan atas kos yang terlalu tinggi dan memerlukan kajian reka bentuk semula. 

"Kerajaan tidak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu -Kuala Krai, projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal. 

"Malah, ia akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke -11(RMKe-11)," tambahnya. 

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah merasmikan majlis pecah tanah untuk projek lebuh raya dua lorong tanpa tol itu. 

Malah, kerajaan negeri telah melancarkan kutipan derma bagi merealisasikan pembinaan projek pembangunan infrastruktur tersebut yang menelan belanja RM1.8 bilion.

Speaker Tegur Menteri Kerana Beri Ruang MP Lain Ganggu

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur beberapa menteri dan timbalan menteri kerana memberi ruang kepada wakil rakyat lain 'mengganggu' sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013. 

Sesi penggulungan peringkat dasar yang bermula kelmarin, beberapa kali menjadi riuh apabila ramai anggota Parlimen pembangkang kerap mencelah untuk mengemukakan soalan tambahan di luar isu yang dibahaskan sehingga menyebabkan perjalanan mesyuarat terganggu dan berlarutan.

Pandikar Amin bertegas tidak membenarkan menteri dan timbalan menteri yang menggulung perbahasan memberi laluan kepada anggota Parlimen lain mencelah, serta meminta mereka mempercepat penggulungan masing-masing.

"Baru sahaja saya tegur tadi bahawa masa tak mengizinkan (untuk celahan). Kalau ahli-ahli Yang Berhormat tak dengar lagi, saya akan arahkan timbalan-timbalan saya supaya setiap kementerian hadkan 20 minit. 

"Saya boleh buat begitu di bawah Peraturan Mesyuarat. Jangan ada yang pertikai itu," katanya apabila keadaan menjadi kecoh semasa giliran Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menggulung perbahasan. 

Bagaimanapun, beberapa anggota Parlimen termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan N Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) masih cuba mencelah dan ini membuatkan Pandikar Amin hilang sabar.

"Kalau saya tak tegas macam mana. Saya perlu menguruskan masa. Bila kita ambil tindakan keras, semua tak senang hati. 

"Hati siapa yang dijaga ni Yang Berhormat. Sekali-sekala jagalah hati orang yang duduk di sini (merujuk kepada Speaker). Seorang buat hal, semua kena. 

"Lain kali jangan buat hal. Bertimbang rasalah kepada orang lain bila nak bercakap," katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut membuat teguran sama semasa sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie, yang bertukar kecoh apabila ramai wakil rakyat pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Antara ahli Parlimen tersebut termasuk Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang mengulangi isu yang sama iaitu rasa tidak puas hati dengan ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memangku jawatan menteri di kementerian itu serta mempertikai pelantikan berkenaan. 

Bagaimanapun, dakwaan itu dipatahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ketika mencelah menyebut tentang laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai ketua Wanita PKR. 

Beliau berkata dalam laporan akhbar berkenaan yang merujuk kepada anggota Parlimen Ampang itu "She walks like a man and talk like a man", tetapi kenapa tidak ada komen mengenai perkara itu.

R Sivarasa (PKR-Subang) kemudian bangun untuk membela Zuraida dengan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(9) yang menyentuh mengenai peribadi seseorang anggota Parlimen.

"Yang Berhormat Pasir Salak dikatakan melanggar peraturan mesyuarat 36(9) dengan menyentuh peribadi seseorang di dalam Dewan. Saya tahu Yang Berhormat tidak ada niat jahat terhadap perkara itu. 

"Yang Berhormat sekadar merujuk kepada siaran akhbar. Walaubagaimanapun, saya rasa pihak Ampang tersinggung dalam perkara ini," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Namun, Tajuddin berkeras dengan menyatakan beliau hanya memetik siaran akhbar dan enggan menarik balik mahupun memohon maaf di atas kenyataan yang dibuatnya. 

"Saya tidak akan meminta maaf, tidak akan tarik balik. Yang Berhormat boleh ambil tindakan terhadap saya, itu saja. Yang Berhormat berdepan dengan salah orang.

"Sebelah sana yang mengutuk perdana menteri, kutuk Datuk Najib, kutuk orang itu kutuk orang ini, niat jahat kenapa tidak ada tindakan terhadap mereka Kenapa kamu semua tidak pernah minta maaf?" katanya. 

Timbalan Speaker kemudian mententeramkan keadaan, dan meminta Heng supaya tidak melayan dan membalas serangan daripada anggota pembangkang dan meminta beliau meneruskan hujah penggulungan. 

Sekali lagi keadaan kecoh apabila N Gobalaskrishnan (BEBAS-Padang Serai) mencelah dan mempersoal kewibawaan Zuraida selaku ahli Parlimen pembangkang wanita yang menyertai rombongan menaiki jet peribadi dan mendapat layanan mewah. 

"Saya minta timbalan menteri memberikan penjelasan kerana saya tidak mahu berada dalam keadaan trauma ketika keluar dari dewan yang mulia ini," katanya.

Sementara itu, dalam hujah penggulungannya, Heng berkata susulan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat yang dipersetujui kerajaan pada 26 Jun 2011, kementerian telah menjalankan program pengarah wanita. 

Katanya, bagi tahun 2012, kementerian menetapkan sasaran untuk melatih seramai 200 orang pengarah wanita dan setakat Oktober tahun ini, seramai 112 wanita telah menjalani latihan itu. 

"Seramai 88 pengarah lagi akan menjalani latihan itu pada Oktober
hingga Disember 2012. Dan pada tahun 2013, kementerian menetapkan sasaran untuk melatih 500 orang pengarah wanita," katanya. 

Berhubung perwakilan wanita dalam Dewan Rakyat, beliau berkata ia
bergantung kepada pencalonan parti politik yang berkaitan. 

"Kalau kita bandingkan peratusan calon wanita yang telah diamanahkan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12, didapati bahawa peratusan wanita yang dicalonkan BN adalah lebih tinggi daripada pakatan pembangkang. Cuma yang menang dan hadir ke dewan ini, calon wanita dari pakatan pembangkang lebih ramai," katanya. 

Beliau berkata cadangan untuk meningkatkan bilangan perwakilan wanita di dalam Dewan telah diangkat untuk dibincangkan kepada parti-parti berkenaan dan menunggu pelaksanaannya pada masa akan datang. 
- Bernama

Tuesday 16 October 2012

Nik Aziz Sanggup Putus Saudara Dengan Umno Demi Mempertahankan DAP

PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik. 

Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada. 

PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi. 

Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti ‘pressure cooker’ ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk. 

Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP. 

Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS. 

Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya. 

Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP, Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP. 

Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian. 

Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan. 

Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil ‘Anwarinas’ turut menghentam Nasharuddin. 

Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang. 

DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu. 

Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor, Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu. 

Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP? 

Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak? 

Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam. 

Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz. 

Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umnom untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula. 

Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling, Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP. 

Begitu juga Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara. 

Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku. 

Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata. 

Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya. 

Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno? 

Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama? -Mynewshub

Babak Romantis Nora Danish, Adi Putra Undang Kontroversi

Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.

Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.

Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.

Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.

"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.

Filem  Aku Terima Nikahnya."Ini adalah kali pertama saya melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu," katanya yang mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.

Akui Nora, walaupun pernah digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.

Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.

"Sejujurnya, saya sangat kekok untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.

"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.

"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya. -Sinar Harian

Monday 15 October 2012

Kelantan Sertakan Hasil Royalti RM200 Juta Dalam Bajet 2013 Negeri

KOTA BHARU - Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2013 dengan memasukkan hasil royalti yang kini dituntut sebanyak RM200 juta, sebagai perolehan Kerajaan Negeri.

Pembentangan bajet yang bertemakan “Bajet Negeri Berkebajikan” dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam ketika mengumumkan perkara itu berkata, Bajet 2013 merupakan belanjawan lebihan di mana perolehan yang dianggarkan bakal diperolehi berjumlah RM535.95 juta iaitu lebihan sebanyak RM45.83 juta.

“Dalam Belanjawan ini kerajaan memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan daripada Petroleum. Sebelum ini, ianya diletakkan sebagai ‘token’ sebanyak RM10.

“Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di Telaga Kamelia yang memulakan pengeluaran Mac 2013,” katanya.

Husam berkata, medan ini sepenuhnya berada dalam Block 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan dan pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu gas setahun.

Untuk rekod, tuntutan royalti yang berbilion kini sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, Husam berkata, hasil tanah merupakan penyumbang kedua terbesar dengan jumlah RM124.47 juta atau 21.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

“Hasil tanah meliputi pungutan cukai Tanah sebanyak RM37.49 juta, premium Tanah RM45.0 juta, Bayaran Pendaftaran RM6.0 juta serta Bayaran Gadaian sebanyak RM3.84 juta,” katanya. -Sinar Harian