Saturday 9 March 2013

79 DI TANGKAP, TIADA TANDA PENCEROBOH LETAK SENJATA.






Dalam OPS DAULAT yang telah dilakukan setakat hari ini 79 orang susupek telah berjaya di tahan.Menurut kenyataan sidang media yang telah diadakan oleh Ketua Polis Negara dan juga Panglima Angkatan Tentera Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu.

Sehinggaa kini dilaporkan tidak ada sebarang tanda-tanda saki baki kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, akan meletak senjata tanpa syarat, dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan bagi menjejak saki baki penceroboh.

Suasana di Lahad Datu juga didapati normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka seperti biasa.

 OPS DAULAT masuk hari keempat hari ini.Hingga kini helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. 

Dilaporkan juga bahawa tiada insiden tembakan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah. 

Pimpinan tertinggi polis dan tentera itu juga  sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu. 

"Pertempuran yang telah berlaku di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini.
 
Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah. 


Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu. Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.


Tan Sri Ismail juga berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas.

"Mereka ditahan mengikut akta baru itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya.


Perkembangan dari Filipina juga terbaru telah mengarahkan Biro Siasatan Negara itu menyediakan "airtight" terhadap Jamalul Kiram III dan pengikutnya yang telah menceroboh Negeri Sabah.




No comments:

Post a Comment