Saturday 28 September 2013

#PemilihanUMNO : Kak Long Jeli Calon No.18 Exco Pergerakan Wanita Ingin Tawarkan Khidmat Bakti


Kak Long Jeli...

Satu nama yang tidak perlu penulis perkenalkan lagi kepada Wanita di Kelantan, Kak Long atau nama sebenar Roslinah Mohamed yang lebih 20 tahun menyumbang bakti terhadap kaum wanita di Kelantan kini menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Wanita kerana mahu berbakti ke peringkat yang lebih besar.

Naib Ketua Pergerakan Wanita Negeri Kelantan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli memaklumkan tujuan dirinya bertanding sebagai Exco kerana mahu berbakti terhadap wanita. Kerana dengan adanya platform di peringkat pusat ia memudahkan lagi untuk dia berkhidmat kepada masyarakat terutama sekali kaum ibu.

Kak Long antara wanita yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN di DUN Air Lanas,  di bawah Parlimen Jeli yang diwakili oleh Dato Sri Mustapa Mohamed ketika kempen PRU13 tempoh hari.

#KakLong4Exco

Friday 27 September 2013

#PemilihanUMNO: Calon Nasional Dari Pergerakan Pemuda Kelantan. #TukarKelantan!!!

Pemuda UMNO Kelantan memperkenalkan tiga calon bagi mewakili sayap itu untuk bertanding di peringkat Pusat dalam satu majlis yang diadakan di sini malam tadi.

Ketiga-tiga calon tersebut ialah Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Mohd. Faizal Daud; Pengarah Eksekutif GDAB, Ariff Hakimi Zulkifli dan Setiausaha Persatuan Anak-Anak Kelantan, Azlan Abdullah.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ketiga-tiga calon diketengahkan itu mempunyai pakej lengkap dari segi pengalaman dan latar belakang pendidikan untuk membawa suara anak muda terutama dari Kelantan.

“Pemuda UMNO Kelantan memberi sokongan penuh kepada ketiga-tiga tokoh muda ini untuk bertanding jawatan Exco dan kita yakin mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk melakukan transformasi selaras dengan gagasan Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Mohd. Faizal yang juga Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsah) dan Fellow Kanan Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, fokus utama beliau adalah memberikan penekanan kepada aspek pendidikan.

“Saya melihat peranan Pemuda dalam bidang pendidikan sangat penting untuk menjadi juara dalam bidang pendidikan kerana mereka dekat dengan orang muda yang ingin tahu hala tuju mereka.

“Barisan kepimpinan dalam Pemuda UMNO masa kini memerlukan cendekiawan dan ahli akademik yang dapat memperkasakan bidang pendidikan untuk generasi muda," katanya.

Dalam pada itu, Ariff Hakimi yang juga seorang arkitek landskap dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak) berkata, perjuangannya adalah untuk memantapkan barisan Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya merasakan sokongan orang muda pada masa kini semakin kritikal dan mereka telah beralih kepada pembangkang, justeru usaha untuk memulihkan kepercayaan orang muda harus dijadikan agenda utama.

“Ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-14 di Malaysia amnya dan Kelantan khususnya," kata beliau.

Azlan Abdullah yang juga seorang peguam berkata, sudah sampai masanya UMNO menarik lebih ramai pengamal undang-undang untuk menyertai parti tersebut sebagaimana dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Katanya, pakatan pembangkang telah menggunakan kelebihan yang ada pada peguam untuk menarik sokongan daripada rakyat.

“Kita lihat ramai peguam berada dalam pembangkang, saya rasa sudah sampai masanya UMNO dibarisi oleh peguam-peguam untuk menguatkan parti terutama ketika berhujah ," katanya. - SUMBER



Wednesday 25 September 2013

#ShamsulAnuar4MT : Pengerusi PTPTN Dato Shamsul Anuar Pun Bertanding Dalam #PemilihanUMNO


Bahang pemilihan UMNO semakin dirasai lebih-lebih lagi setiap calon dibenarkan berkempen melalui media sosial. Pengerusi PTPTN merangkap Ahli Parlimen Lenggong turut bertanding merebut jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO :
Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI] 
Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong.
Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif bersama golongan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' UMNO antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.

Bukan nak kempen, cuma nak cerita - selebihnya terserah kepada perwakilan kerana undi di tangan tuan/puan.

Akhir sekali nasihat saya kepada para perwakilan yang bakal membuat pilihan Oktober nanti, nasihat saya kenali terlebih dahulu nama-nama yang tertera. Inilah yang saya cuba lakukan sekarang, jangan risau siri 'Bukan Nak Kempen, Cuma Nak Cerita' tidak ketengahkan mereka yang hanya nampak muka setiap kali musim pemilihan.
BLOG YY 

Sunday 22 September 2013

#PemilihanUMNO: Adakah No.62 Bakal Bawa Tuah Kepada @AriffHZ? #AriffHakimi4Exco


Seperti apa yang penulis tulis sebelum ini:

Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian. 

Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).

Sepanjang perkenalan penulis dengan saudara Ariff Hakimi, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjasa kepada UMNO mahupun anak-anak kelantan terutamanya.

Dia telah banyak melibatkan diri dalam kerja akar umbi (peringkat bahagian) dan aktif pada peringkat nasional dalam Jelajah Destini Anak Bangsa.


Jelajah Destini Anak Bangsa ini telah banyak membantu dan membawa satu perubahan kepada bangsa bumiputera yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di Peringkat Universiti. Alhamdulillah, sebuah kejayaan yang besar berjaya dihasilkan.




Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Ariff Hakimi Haji Zulkifli. Ada banyak lagi yang mahu ditulis. Tungguuuu....

Diharap dia diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan kali ini.

Wednesday 18 September 2013

Pemuda UMNO Kelantan Endorsement Ariff Hakimi Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia


Ariff Hakimi Hj. Zulkifli yang juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh diberikan pengesahan dan endorsement dari Pemuda UMNO Negeri Kelantan melalui Ketua Pemuda Anuar Safian. Selain bertanding merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. 

Rakan-rakan siber Kelantan difahamkan Ariff Hakimi juga dikhabarkan bakal bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh berhadapan dengan enam pencabar lain. Mungkin ramai tidak mengenali Ariff Hakimi, namun ramai daripada kita tentu sedar dengan kewujudan program Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM.

Ariff Hakimi antara individu yang menggerakkan jelajah tersebut melalui Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) bersama-sama Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) Faizal Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Dato' Aizuddin Ghazali.

Profil Ariff Hakimi dari blog Double Y :



Friday 6 September 2013

Buat Baik Dibalas Baik.. Berkat Doa K.O BN.. Banglo Mewah Adik Nik Aziz Hampir Musnah Dijilat Api!!!

Saat ketika rumah mewah milik adik Nik Aziz dijilat api..
ANDA SEMUA MASIH INGAT VIDEO DIBAWAH??


Tu lah, dalam Al-Quran pun dah termaktub.. Kalau kita buat baik dengan orang, Allah akan balas dengan balasan yang baik... Bukan nak kritik atau kutuk.. Cuma.. Inilah realiti... [RUJUK HADIS]


ADAKAH INI RUPA BANGLO TERSEBUT DARI JAUH? WALLAHUALAM..

Alamat:
KG.PULAU
MELAKA,SERING,
16150 KOTA BHARU,
KELANTAN



PENDAPAT RAKAN-RAKAN BLOGGERS:


CTS:
Kita mengucapkan takziah di atas kemalangan yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. CTS bukannya apa, andai kemalangan di atas berlaku kepada pemimpin atau kaum kerabat BN, pastinya kemalangan tersebut akan dilabel bala oleh peyokong-penyong PR. 
Rumah banglo dua tingkat milik adik kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbakar dalam kejadian di Pulau Melaka petang semalam. Rumah Nik Din Nik Mat itu juga dikatakan terletak berhampiran dengan rumah Nik Aziz. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Polis sekarang ini sedang menyiasat punca kejadian tersebut.
KLIK [SINI] UNTUK SELANJUTNYA. 

KEDAH KE KL:


INFO! Gambar Rumah Adik Nik Aziz Terbakar!!
Gambar kebakaran diatas adalah rumah adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz Nik Mat), yang mana rumahnya terletak berdekatan dengan rumah Nik Aziz di Pulau Melaka telah mengalami kebakaran. Tidak diketahui bila kebakaran itu berlaku. Tetapi, Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. 
Cantik rumah, hijau warnanya. he he.. Sebab kebakaran tidak diketahui, mungkin harga minyak naik, sebab tu rumah beliau terbakar! Ehh.. termelalut pulak.
KLIK [SINI] UNTUK SELANJUTNYA.

sumber: TUKAR KELATE!