Monday 11 March 2013

Tengku Razaleigh Nafikan Dakwaan Jadi PM...


GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan cakap-cakap kononnya beliau ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihanraya ke 13 nanti. 


"Karut saja, saya masih dalam Umno dan cerita itu timbul mungkin dari rakan dia oranglah tu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Orang Asli di Lojing petang ini.


Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa pakatan pembangkang ada menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.

Hadir sama pada program itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mat Sulji Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu Abdul Razak Arshad serta Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan Ilyas Anjang.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh berkata walaupun beliau pemimpin veteran Umno namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.

"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment