Monday 25 March 2013

WAJIB BACA : HIMPUNAN SELAMAT TINGGAL PAS DI KELANTAN .


PASIR PUTEH 25 Mac - Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.

Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.

"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya.




10,000 Guru Agama Sokong BN, Pertahankan Undi PAS Adalah Haram

BACHOK 23 Mac - Kira-kira 10,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam, ustaz muda dan bekas ahli Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) para Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Antara pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Pendita dan Selamat Tinggal Pas (STP).

Mereka turut mengulangi perisytiharan yang dibuat sebelum ini iaitu mengundi Pas pada PRU-13 adalah haram dan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pertubuhan itu juga menegaskan kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan Islam sebenar dan ia wajib ditukar pada PRU-13 nanti.

Shaidi cerai isteri akibat langgar bai'ah kepada Pas
Selain itu, Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin (gambar) juga mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

"Antara kandungan bai'ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas. - Pistolnakal

No comments:

Post a Comment