Sunday 10 March 2013

#LahadDatu Terkini..85 Orang Terlibat Pencerobohan Ditahan..

LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang Medianya hari ini mengesahkan pertempuran telah berlaku dan dua orang anggota pasukan keselamatan di laporkan tercedera."Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan.

Pada sidang akhbar jam 11.00 pagi tadi beliau turut mengesahkan dua anggota keselamatan kita tercedera dalam kejadian berbalas tembakan.Pertempuran yang berlaku pada jam 8malam tadi di Tanjung Batu telah berlarutan selama enam jam.Kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi.
Mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuranAnggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

85 orang ditahan bagi membantu siasatan (dipercayai tali barut penceroboh). PDRM menimbang untuk menambah anggotakeselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur Sabah.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) juga dilaporkan akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.


















No comments:

Post a Comment