Sunday 10 March 2013

GEMPAR!! Orang Kelate Naik Angin.!!! Kenapa?

Lebih 20,000 rakyat kelantan hadir dalam Perhimpunan Rakyat Kelate Naik Angin .


Sokongan dari segenap sudut lapisan masyarakat menandakan PAS semakin di tolak di Kelantan.



PASIR MAS - Rakyat Kelantan semalam sekali lagi telah membuatkan Kerajaan PAS kelantan menggigil seluruh tubuh dengan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan BN.Majlis yang diadakan dalam keadaan yang penuh tenteram itu menandakan rasa hormat mereka semua kepada Negarawan Ulung TUN DR MATHATHIR dan isteri TUN DR SITI HASMAH.

Majlis telah di anjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan.Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini.


Pada ucapannya Tun Mahathir juga telah menyampaikan beberapa amanat kepada hadirin yang hadir.Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali juga telah menyampaikan amanat mengenai beberapa perkara yang bakal berlaku menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti. 

Majlis telah di akhiri dengan penyampaiyan cenderahati kepada Tun Mahathir oleh Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan majlis minum petang.

Antara gambar yang telah dirakamkan..








No comments:

Post a Comment