Wednesday 13 March 2013

#PrayForSabah : Al-Fatihah .. 2 Orang Pewira Negeri Kelantan Gugur Di Lahad Datu

Al-Fatihah buat 2 orang pewira berasal dari Kelantan yang gugur semasa bertugas dalam OPS DAULAT di Lahad Datu, Sabah.

Prebet 1163468 Mohd Hurairah (7 RAMD Kem Tawau) yang gugur semasa pertempuran di Sg Nyamuk berhampiran dengan Kampung Tanjung Batu, Lahad datu. Allahyarham berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Seorang lagi Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang terkorban akibat kemalangan di Lahad Datu-Cenderawasih semasa mengiringi konvoi untuk menghantar bekalan makanan kepada petugas OPS DAULAT. Allahyarham berasal dari Pasir Tumbuh, Kelantan.

Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed sempat menziarahi keluarga Allahyarham di Pasir Mas dan Pasir Tumboh.

Selanjutnya, Tukar-Kelate













No comments:

Post a Comment