Friday 15 March 2013

6 Janji Tok Pa Pada Rakyat Kelantan.



                       
                       Sumber Video - Gelombang Merah.blogspot.com

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.

Itulah janji islam iaitu janji ditepati, ini pemimpin maju. pemimpin mundur ialah tak tunai janji. bila kita minta tunai janji maka dimaki hamun sebagai lawan islam, hina tok guru, tolak islam, kapir, murtad, ko dan doa melaknatkan rakyat yang tuntut janji2 mereka.

Benarkah seperti apa yang pernah dikatakan oleh Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yaitu rakyat sesebuah negeri yang menjadi jahat disebabkan pemimpin negeri itu sendiri yang jahat. Atau kata-katanya itu tidak lain hanya untuk menyalahkan kerajaan BN semata-mata biarpun negeri Kelantan ditadbir oleh Kerajaan Pas yang dikepalai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jenayah yang semakin meningkat berlaku di Kelantan sekarang ini punca utamanya adalah kerana kebodohan pemimpin Pas dalam memajukan negeri sekaligus menghadkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya generasi muda Kelantan hari ini.

Hari ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengumumkan 6 janji beliau kepada rakyat kelantan.Beliau berucap pada perhimpunan Pemimipin Bersama Rakyat sempena Lawatan Kerja Sehari Perdana Menteri Yab Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Kerai,Kelantan.Lebih 100 ribu orang dari berbagai peringkat umur hadir untuk menyatakan dan memberikan sokongan pada majlis yang berlangsung di MRSM Kuala Kerai pagi tadi.

No comments:

Post a Comment