Friday 1 March 2013

Himpunan Rakyat bersama YAB TPM di RTC Tunjung.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini untuk mengadakan lawatan sehari di Kelantan.

Muhyiddin yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba pada jam 9.35 pagi dan disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MIC negeri, M Kuppusamy dan Timbalan Pengerusi MCA Kelantan, Tan Ken Ten serta barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional Kelantan.

Sejurus tiba, Muhyiddin dan isteri menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini.

Muhyiddin kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Aril, Melor di sini, diikuti menghadiri jamuan rakyat di Masjid Kampung Tegayung juga di Melor pada jam 2.20 petang.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudian akan menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat di sini pada jam 3.50 petang yang dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan di negeri ini. 

Muhyiddin dan isteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada jam 5.30 petang ini.


Sumber :Bernama

No comments:

Post a Comment