Saturday 30 March 2013

BANG NON DI TINGGALKAN SAHABAT BAIK.

\
Kira-kira 30 tahun dulu, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba begitu mengagumi Anwar Ibrahim.
Sebut saja nama Anwar, saya yakin beliau akan mempertahankan suami Wan Azizah itu. Sayang sungguh Dr. Sidek pada Anwar…

Menjejak langkah Anwar, Dr. Sidek pernah menyertai ABIM dan dilantik menjadi Naib Presiden ABIM sebelum kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Sidek Baba di UIAM ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dialah pelobi Anwar nombor wahid. Siaplah siapa yang mengganggu –gugat Anwar ketika itu…
Ketika Anwar ditahan, dilucutkan jawatan dan dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan, Dr Sideklah manusia paling marah.


Beliau rela ditahan bersama. Cuma yang berbeza, Anwar dipenjara kerana jenayah manakala Dr. Sidek ditahan di bawah akta ISA.Tapi itu dulu. Ia telah berlaku. Dalam bahasa “orang putih” ia dipanggil “past tense”, iaitu perkara yang pernah berlaku.
Laporan media baru-baru ini memberitahu bahawa Dr. Sidek sudah nekad menyertai antara ribuan rakyat Malaysia yang meninggalkan Anwar secara total. Tiada lagi secebis pun Anwar di dalam hati atau hidup mereka.Menurut Dr. Sidek, beliau pernah dipesan Anwar bahawa seorang pemimpin itu bukan saja perlu bersih, malah perlu dilihat sebagai bersih oleh rakyat.

Namun setelah mengkaji dan berfikir sedalamnya, beliau mendapati bahawa Anwar bukan saja tidak bersih, malah kotor-sekotornya. Itu adalah titik tolak pertama, punca pensyarah kanan UIAM itu meninggalkan Anwar sejak tiga tahun lalu.Soal moral Anwar begitu menjijikkan dan menyelubungi hidup Ketua Pembangkang itu sehingga membuat Dr. Sidek enggan lagi bersekongkol dengannya.

Apatah lagi dengan bukti kukuh ucapan Anwar di Kota London pada tahun 2010 yang jelas membuktikan “sesumpah” itu menyokong dan mendokong fahaman pluralisme yang menjahanamkan Islam di dunia. Ia cukup membuat Dr. Sidek menolak Anwar sekeras-kerasnya.

Ditambah pula dengan hubungan rapat Anwar dengan pelobi-pelobi berbangsa Yahudi dan pro-rejim Zionis Yahudi Israel, Dr. Sidek terpaksa mengunci rapat pintu hatinya terhadap insan yang pernah disanjunginya itu.

Mungkin siapa yang mengenali Dr. Sidek akan mendapati bahawa beliau adalah seorang yang sangat baik hati, berjiwa bersih dan sangat berhati-hati. Namun sekiranya Tun M pun pernah ditipu hidup-hidup oleh Anwar, tidak hairanlah jika Dr. Sidek Baba itu juga turut menjadi mangsanya.

Hakikatnya, ramai yang dulunya rapat dan bagaikan adik beradik dengan Anwar sudah meninggalkan Ketua Umum PKR itu.

Mereka yang hebat-hebat personaliti dirinya sudah tertipu dan sedar dari kesilapan masing-masing.
Persoalannya, anda bila lagi?

Sumber: Perak Today

No comments:

Post a Comment