Tuesday 3 July 2012

Mana Pergi Keuntungan Koridor Depu?


MACHANG - Projek Koridor Depu dilancarkan sejak 2007, matlamatnya mudah iaitu untuk mendapat sehiris keuntungan daripada RM48.3 juta hasil gaharu daripada pokok depu yang dijual di negara Timur Tengah.

Sumber ekonomi berkata jika ditanam pokok gaharu itu sejak 2007 dan tempoh tumbesaran pokok mengambil masa lima tahun untuk, maka pada tahun 2012 sudah mula terjual produk gaharu daripada Kelantan.

"Tetapi sehingga kini hanya diam membisu dengan bunyi cengkerik berkumandang apabila soal kejayaan koridor depu dinyatakan. Saya masih ingat kerajaan Pas Kelantan memperuntukkan RM300,000 untuk projek depu.

"Kemana peruntukan wang itu pergi yang kononnya projek koridor depu adalah untuk mencabar projek perancangan pembangunan ekonomi wilayah Pantai Timur (ECER)," kata sumber itu.

Sumber itu berkata kerajaan Pas Kelantan telah memperuntukkan kawasan seluas 400 hektar untuk tanaman lebih 110,000 pokok depu namun sehingga kini dalam pembentangan bajet Kelantan tidak kelihatan hasil perolehan projek itu dalam perbendaharaan Kelantan.

"Persoalan yang timbul oleh rakyat kini adakah kerajaan Pas telah membohongi rakyat dengan projek itu kerana sehingga sekarang masih belum kelihatan hasilnya.

"Malahan jika hendak dibandingkan projek pembangunan Ecer pusat, ia lebih kelihatan termasuk projek bandar baru Tunjong, Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pembesaran jalan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang.. Ia adalah antara projek yang menjadi kenyataan dan sedang dilakukan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional," katanya.

Sumber ekonomi itu berkata kerajaan Pas Kelantan juga pernah mewar-warkan kononnya hasil depu itu dapat memberikan hasil keuntungan sekitar RM12,000 hingga RM18,000 sekilogram, namun perolehan itu tidak kelihatan di dalam poket-poket rakyat Kelantan.

Malahan kerajaan Pas Kelantan pernah mensasarkan negeri itu akan menjadi hub pengeluaran gaharu, tetapi matlamat itu masih gagal dicapai.

Justeru sejauh manakah rakyat perlu menerima fakta yang tidak menjadi realiti daripada Pas. Marilah kita mencari pemimpin yang boleh buat kerja.
--KELATEKITO.NET

No comments:

Post a Comment