Sunday 1 July 2012

29 Penagih Ditahan Di Kebun Getah

BACHOK – Seramai 29 lelaki ditahan dalam Operasi Skuad Dadah di kawasan kebun getah Kampung Tok Likung, Tawang, awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat risikan untuk mencegah gejala penagihan dadah di daerah Bachok.

Beliau berkata, operasi tersebut diketuai Inspektor Inchuan Eplat bersama anggota Bahagian Narkotik dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok. “Operasi narkotik ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa mengikut maklumat risikan yang kami terima dalam usaha menangani gejala dadah.

“Ia bermula dari jam 5 pagi sehingga 2 petang semalam (kelmarin) yang berjaya menahan 29 lelaki. Semuanya dibawa ke IPD Bachok untuk ujian saringan urin dan yang kesemuanya positif dadah. Manakala, seorang lagi lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis Heroin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, semua 29 lelaki yang ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya1952. Manakala seorang lagi yang memiliki Heroin ditahan di bawah Seksyen 12 Semua lelaki yang ditangkap dibawa ke IPD Bachok untuk ujian saringan air kencing. (2) akta yang sama. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment