Friday 13 July 2012

Lagi Penyokong Tegar Pas Menyertai Umno

PASIR PUTEH - Seramai 30 orang penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku disini mengisytiharkan mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai Umno kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.

Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu, Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti", katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan disini siang tadi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.

Ramli berkata keputusan menyertai Umno adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan Pas yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi. - Bernama.

No comments:

Post a Comment