Friday 13 July 2012

Jangan Terlalu Taksub Sokong Parti Politik - Awang Adek

KOTA BHARU - Umno Kelantan menasihati masyarakat agar tidak terlalu taksub kepada parti politik masing-masing sehingga boleh menyebabkan penceraian sepertimana yang berlaku kepada pasangan warga emas di Pasir Mas.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, jika sikap tersebut terbawa-bawa di dalam kehidupan harian ia boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat apabila urusan agama di campur aduk dengan politik.

"Ini yang saya bimbangkan apabila masyarakat mempunyai sikap terlalu taksud apa sahaja boleh berlaku padahal ia hanya berpunca daripada berlainan fahaman politik sahaja.

"Disebabkan itulah kita perlu mempunyai sikap bersederhana dalam apa jua yang dilakukan kerana saya lihat ada sesetengah parti politik mengamalkan sikap terlalu taksud dan ia secara tidak langsung mendorong para penyokong untuk turut sama berkelakuan begitu," katanya ketika di temui di Forum BN Di Hati, Janji Ditepati di Dewan Umno Negeri Kelantan di sini, semalam.

Menurutnya yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan tersebut menyebabkan ada sesetengah parti yang menghalalkan tindakan mereka yang melibatkan demostrasi, kekasaran dan sebagainya demi perjuangan parti tersebut.

Beliau berharap perkara tersebut tidak akan dijadikan gaya hidup di dalam masyarakat sekarang kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang suami menceraikan isterinya yang sudah dikahwini selama 15 tahun akibat perbezaan politik.

No comments:

Post a Comment