Sunday, 31 March 2013

Bomba Kelantan berjaya kawal kebakaran tanah gambut di Bachok


Oleh YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 31 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berjaya memadamkan 50 peratus kebakaran hutan tanah gambut di Beris Lalang, Bachok yang berlaku sejak Ahad lalu.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata, kebakaran tersebut membabitkan kawasan hutan seluas kira-kira 100 hektar.

Menurutnya, 50 anggota bomba dihantar ke kawasan hutan berkenaan untuk tugas memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak.

"Kebakaran hutan sering berlaku di kawasan ini. Dalam aspek kebakaran hutan ini kita sering menyarankan kepada masyrakat supaya peka kepada punca-punca api.

"Jadi saya memohon kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan punca-punca api dan segera melaporkan kepada pihak bomba sekiranya melihat kebakaran berlaku," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Bulanan JBPM negeri di Tunjong sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


[ VIDEO ] KEROSAKKAN AKHLAK MUDA MUDI REJIM PAS NIK AJIH.


Salah umno jugak ke muda mudi kelantan sampai jadi macam ni.Ini ke yang dikatakan membangun bersama islam.Cakap banyak pun tak guna dah.Siapa lagi nak disalahkan kalau bukan Tok Guru kito.

cukup - cukuplah wei tak payah sembang lebih pasal dosa pahala orang lain kalau dosa sendiri lebih banyak.Rakyat terbiar tahap kemiskinan kemiskinan rakyat semakin menjadi-jadi tapi Pok Nik Ajih buat acu tok acu jer.Sedih betul dengar pengakuan dari rakaman video ini.

Saturday, 30 March 2013

TRAGEDI PERISTIWA MEMALI MEMBUKTIKAN SIAPA PAS SEBENARNYA...






Haji Hadi Mesti Bertanggungjawab Atas Apa Yang Berlaku.



Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Kanak-kanak dipergunakan dan wanita tidak kira usia diletakkan dibahagian hadapan pertahanan manakala kaum lelaki hanya berselindung disebalik rumah, semak samun dan ada yang hanya duduk di dalam rumah. Dimanakah perginya Islamnya..?? Di zaman nabi dulu, wanita diletakkan di bahagian belakang sebagai pemukul gendang semangat untuk kaum lelaki yang bertarung dihadapan.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.

Sekarang ini mereka yang kononnya mati syahid bagaikan mati katak, masakan tidak daripada memperjuangkan negara Islam sekarang ini ditukarnya kepada negara berkebajikan beracuankan Malaysian Malaysia.

30 LAGI TINGGALKAN PAS DI KELANTAN.




Laporan Bernama, seramai 30 anggota PAS di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno di sini malam Jumaat.

Kumpulan yang diketuai Mohd Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.

"Saya nekad menyertai Umno kerana mahukan perubahan apabila PAS gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan," kata Mohd Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, PAS terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.

BERSEDAI UNTUK 13 KEJUTAN DI PRU13.

#PRU13 : 13 Kejutan Anwar Ibrahim Dan Pakatan Menjelang PRU





















































Mustapa: BN Kelantan Akan Tonjolkan Calon Mantap

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baharu dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.

"Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden Umno di Putrajaya semalam, Mustapa berkata pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.

Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.

"Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan PAS Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya. - Bernama

TUN MAHATHIR YAKIN BN MENANG BESAR PRU13


ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini, Jumaat.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hasrat kerajaan Filipina untuk kembali membuat tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka.

Beliau berkata itu hak Filipina untuk berbuat demikian tetapi untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Boleh bawa ke mahkamah hanya jika kita setuju sama. Kalau dia sendiri takkan diterima. Kalau nak rayu kepada UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)mereka boleh buat tetapi sama ada UN nak sokong adalah perkara lain.

"Selain itu, sama ada kita akur kepada UN jika buat keputusan memihak kepada Filipina tiada undang-undang yang nak memaksa kita ikut UN jika rayuan dibuat satu pihak sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk usaha membangunkan semula Pekan Rabu Alor Setar, yang merupakan satu lokasi ikonik bagi Kedah dan bandar raya ini.

"Saya merupakan peniaga di Pekan Rabu sebelum ini. Saya pernah menjual pisang goreng di Pekan Rabu. Ia keputusan yang baik untuk membaik pulih Pekan Rabu. Namun, setelah anda memulihkannya, ia harus dikekalkan," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta.

Ismail berkata projek Yang diletak di bawah kementeriannya itu akan melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu setinggi tujuh tingkat. - BERNAMA

BANG NON DI TINGGALKAN SAHABAT BAIK.

\
Kira-kira 30 tahun dulu, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba begitu mengagumi Anwar Ibrahim.
Sebut saja nama Anwar, saya yakin beliau akan mempertahankan suami Wan Azizah itu. Sayang sungguh Dr. Sidek pada Anwar…

Menjejak langkah Anwar, Dr. Sidek pernah menyertai ABIM dan dilantik menjadi Naib Presiden ABIM sebelum kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Sidek Baba di UIAM ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dialah pelobi Anwar nombor wahid. Siaplah siapa yang mengganggu –gugat Anwar ketika itu…
Ketika Anwar ditahan, dilucutkan jawatan dan dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan, Dr Sideklah manusia paling marah.


Beliau rela ditahan bersama. Cuma yang berbeza, Anwar dipenjara kerana jenayah manakala Dr. Sidek ditahan di bawah akta ISA.Tapi itu dulu. Ia telah berlaku. Dalam bahasa “orang putih” ia dipanggil “past tense”, iaitu perkara yang pernah berlaku.
Laporan media baru-baru ini memberitahu bahawa Dr. Sidek sudah nekad menyertai antara ribuan rakyat Malaysia yang meninggalkan Anwar secara total. Tiada lagi secebis pun Anwar di dalam hati atau hidup mereka.Menurut Dr. Sidek, beliau pernah dipesan Anwar bahawa seorang pemimpin itu bukan saja perlu bersih, malah perlu dilihat sebagai bersih oleh rakyat.

Namun setelah mengkaji dan berfikir sedalamnya, beliau mendapati bahawa Anwar bukan saja tidak bersih, malah kotor-sekotornya. Itu adalah titik tolak pertama, punca pensyarah kanan UIAM itu meninggalkan Anwar sejak tiga tahun lalu.Soal moral Anwar begitu menjijikkan dan menyelubungi hidup Ketua Pembangkang itu sehingga membuat Dr. Sidek enggan lagi bersekongkol dengannya.

Apatah lagi dengan bukti kukuh ucapan Anwar di Kota London pada tahun 2010 yang jelas membuktikan “sesumpah” itu menyokong dan mendokong fahaman pluralisme yang menjahanamkan Islam di dunia. Ia cukup membuat Dr. Sidek menolak Anwar sekeras-kerasnya.

Ditambah pula dengan hubungan rapat Anwar dengan pelobi-pelobi berbangsa Yahudi dan pro-rejim Zionis Yahudi Israel, Dr. Sidek terpaksa mengunci rapat pintu hatinya terhadap insan yang pernah disanjunginya itu.

Mungkin siapa yang mengenali Dr. Sidek akan mendapati bahawa beliau adalah seorang yang sangat baik hati, berjiwa bersih dan sangat berhati-hati. Namun sekiranya Tun M pun pernah ditipu hidup-hidup oleh Anwar, tidak hairanlah jika Dr. Sidek Baba itu juga turut menjadi mangsanya.

Hakikatnya, ramai yang dulunya rapat dan bagaikan adik beradik dengan Anwar sudah meninggalkan Ketua Umum PKR itu.

Mereka yang hebat-hebat personaliti dirinya sudah tertipu dan sedar dari kesilapan masing-masing.
Persoalannya, anda bila lagi?

Sumber: Perak Today

Wednesday, 27 March 2013

Rumah Di Kampung Tanduo Musnah, Hancur

LAHAD DATU – Rata-rata rumah di Kampung Tanduo hancur dan musnah selepas pengganas dari selatan Filipina menceroboh dan menawan kawasan yang dijadikan lokasi pertempuran dengan pasukan keselamatan itu sejak hampir sebulan kini. 

Ada rumah yang mempunyai kesan tembakan dan pertempuran selain ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba serbi tidak lengkap. 

Barang-barang keperluan, harta dan juga dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam rumah juga hilang atau dicuri. 

Inilah gambaran yang diberikan dan diceritakan penduduk kepada Bernama selepas 20 ketua keluarga Kampung Tanduo dibawa masuk melawat rumah dan harta benda mereka pagi Selasa. 

Pasukan keselamatan pada Selasa membenarkan mereka bersama-sama Pegawai Daerah dan Majlis Keselamatan Negara masuk ke kampung itu buat pertama kali sejak ia dijadikan lokasi pertempuran. 

Sewaktu pengganas Sulu mula menceroboh kampung mereka Februari lalu, penduduk berkata mereka melarikan diri sehelai sepinggang kerana bimbang keselamatan dan nyawa terancam. 

Asaad Majijil, 70, berkata rumahnya hancur dan dokumen peribadi keluarganya hilang. 

“Saya tinggal di sini sejak 50 tahun lepas tapi ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. 

“Ia sangat dahsyat dan menakutkan apabila melihat keadaan rumah saya dan sekitarnya tadi. Memang teruk,” katanya yang masih terkejut. 

Jirannya, Apollo Hajirun, 42, berkata dua rumahnya hancur termasuk sebuah rumah yang hanya tinggal dinding dan mempunyai kesan tembakan. 

Katanya pelbagai harta termasuk keretanya hilang selain barang keperluan turut lesap. Beliau yakin pengganas Sulu itu bertindak sedemikian kerana terdesak hingga mencuri makanan di dalam rumahnya. 

Seorang lagi penduduk, Atareh Sabtal, 39, berkata penduduk berharap kerajaan memberi pampasan atau membuat perumahan rakyat kepada mereka. 

“Saya tidak mahu tinggal di sini lagi jika tiada pasukan keselamatan menjaga kawasan ini. 

“Saya juga tidak mahu tinggal dalam komuniti yang mempunyai musuh dalam selimut, jadi perlu ada sistem perumahan yang teratur,” katanya. 

Pasukan keselamatan mula memasuki Kampung Tanduo kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa dengan kereta perisai polis Zabri mengetuai konvoi hampir 20 buah pelbagai kenderaan itu termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Beberapa wakil media turut mengikuti konvoi itu secara haram dan mendapati perjalanan dari papan tanda “Ke Kampung Tanduo” hingga ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam melalui kawasan ladang kelapa sawit yang tebal dan sedikit berpaya. 

Turut kelihatan pekerja ladang yang dibenarkan mula bekerja pada hari ini untuk mengutip hasil kelapa sawit selepas operasi ditutup ekoran insiden pencerobohan pengganas itu. 

Beberapa pusat kawalan ATM ditemui ketika perjalanan dengan suasana tenang dan sunyi sebelum konvoi tiba di kampung berkenaan. 

Pasukan keselamatan yang menyedari kelibat media kemudian mengarahkan mereka pulang dan rombongan penduduk itu pula pulang ke kawasan pemindahan kira-kira pukul 1 petang. 

Dilaporkan, pada 9 Februari lepas, pengganas Sulu memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo. 

Pada 12 Februari, penduduk kampung dan nelayan melihat kumpulan pengganas itu lengkap berpakaian ala tentera dan bersenjata berkumpul di kampung mereka sebelum membuat laporan polis. 

Pada 1 Mac, anggota keselamatan diserang pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang menyaksikan dua anggota komando polis terkorban, tiga cedera dan 12 pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran setengah jam itu. – BERNAMA

BILAKAH SANG SESUMPAH AKAN BERSUMPAH?


#PRU13 : Menunggu Sesumpah Bersumpah


Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.  

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti. 

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.  

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?  

Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. 

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.   Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.  

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.  

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.  

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”  

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.  

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.   Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.  

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.  

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.  

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.  

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.  

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.  

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.  

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?


                                    

 Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan. 

 Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu. Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

 Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

 Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah. Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram. 

 Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari. Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

KIRIMAN WANG KE PULAU JOLO ANGKARA SIAPA?



Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

NOH OMAR SEBAT PUNGGUNG LEMBU PKR.


KANTOI !!! PERMIT TEKSI !!! RAFIZI LEMBU KENA BELASAH DENGAN @NOHOMAR !!! SIAPA TIRU SIAPA ??? WAJIB BACA !!!


semalam rafizi lembu kata BN kononnya tiru pakatan.kita lihat dulu statement yang di berikan oleh rafizi dan kita lihat siapa yang tiru siapa ok.

Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli,Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini. - Haramkah Daily

kemudian hari ini Datuk Seri Noh Omar Pula Membelasah rafizi lembu.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar hari Ini membidas Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli yang mengatakan pemberian 1000 permit teksi individu yang diberikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib baru-baru ini meniru dasar pakatan pembangkang.

“Ini adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman.Saya ingin mengatakan di sini bahawa semasa saya menjadi menteri Pembangunan Usahawan,saya pernah beri 3000 permit individu kepada pemandu-pemandu teksi.Sehingga ke hari ini masih ada lagi pemandu-pemandu teksi yang datang berjumpa saya untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya dalam satu kenyataan baru ini.Tegas beliau lagi kenyataan Rafizi mengatakan itu adalah gimik politik Barisan Nasional adalah satu kenyataan yang jelas menipu rakyat. “Saya ingin menasihati Rafizi supaya mengkaji lebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang akan menyerlahkan sikap kurang cerdik beliau dan Pakatan Pembangkang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor. - UMNO Online

ANDA DAH LIHAT KENYATAAN DI ATAS ???

MANA SATU YANG BETUL ???

INI JAWAPANNYA !!!

KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA


ISNIN 30 JUN 2008


1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.


2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini.


Antaranya : i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);
iv. menjalani kursus anjuran MECD;
v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun ; dan
vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.


4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.


5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.


6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:- (a) larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan (b) menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.


7. Sehingga 31 Disember 2007,Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.


Sumber Noh Omar


ANDA DAH LIHAT ???


SIAPA TIRU SIAPA SEKARANG ???


MUAHAHAHA !!!


KANTOI !!!


RENUNG-RENUNGKAN

Monday, 25 March 2013

WAJIB BACA : HIMPUNAN SELAMAT TINGGAL PAS DI KELANTAN .


PASIR PUTEH 25 Mac - Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.

Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.

"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya.




10,000 Guru Agama Sokong BN, Pertahankan Undi PAS Adalah Haram

BACHOK 23 Mac - Kira-kira 10,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam, ustaz muda dan bekas ahli Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) para Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Antara pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Pendita dan Selamat Tinggal Pas (STP).

Mereka turut mengulangi perisytiharan yang dibuat sebelum ini iaitu mengundi Pas pada PRU-13 adalah haram dan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pertubuhan itu juga menegaskan kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan Islam sebenar dan ia wajib ditukar pada PRU-13 nanti.

Shaidi cerai isteri akibat langgar bai'ah kepada Pas
Selain itu, Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin (gambar) juga mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

"Antara kandungan bai'ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas. - Pistolnakal

Ng Lum Yum Terima Ugutan Bunuh.

Ng Lum Yum Bekas Pengasas PKR Terima Ugutan Bunuh Dari Al Juburi.


Ng Lum Yum Bekas Pengasas PKR


Semakin hampir kepada pilihanraya ke 13 semakin panas nampaknya Anwar Ibrahim yang kononya nak menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak selepas PRU ke 13 ini. Anwar Ibrahim semakin meroyan dan cukup panas dengan apa yang didedahkan satu persatu oleh Blogger tak tidak kurang bekas bekas pemimpin PKR.

Semalam Gomo perolehi satu maklumat bahawa Ng Lum Yum bekas PKR yang merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional (PKR) telah menerima ugutan BUNUH daripada pihak pihak yang dipercayai berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.


Gomo telah menghubungi Ng Lum Yum malam tadi dan beliau mengesahkan menerima panggilan talifon dan sms ugutan serta meminta Ng Lum Yum berhenti daripada meneruskan ceramahnya yang mendedahkan perilaku sumbang dan kegiatan jahat Anwar Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang.




Menurut Ng Lum Yum juga, rakan rakan bekas pimpinan PKR yang turut sama dalam menjelaskan kepada rakyat tentang kejahatan dan pengkhianatan Anwar Ibrahim. Saudara Ezam Mohd Nor, Zahid Mat Arip dan beberapa lagi nama lain turut mendapat ugutan daripada pihak ANwar Ibrahim.

Inilah modus operandi Anwar Ibrahim yang akan menghapuskan sesiapa sahaja yang akan menentang beliau. Beliau tahu bahawa pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas bekas pimpinan PKR mendatangkan impak besar buat Anwar Ibrahim dan mematikan langkah beliau untuk memegang tampuk kuasa Perdana Menteri sepertimana yang diidamkan.

Anwar Ibrahim jangan ingat beliau hebat dengan mengupah pihak pihak tertentu untuk menghapuskan orang orang yang menentang beliau. Rakyat dibelakang kami bagi mengetahui kebenaran siapa manusia jijik yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Untuk makluman disini pimpinan PKR yang telah keluar parti:


Jelaslah menunjukkan bahawa PKR parti samseng yang akan menghapuskan siapa sahaja yang menentang beliau sepertimana Anwar Ibrahim dipenjarakan 6 tahun kerana salah guna kuasa dan Rasuah pada waktu lalu kerana cuba menghapuskan individu individu yang mendedahkan perilaku sumbang Anwar Ibrahim.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara

Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam

Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa

Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. - papagomo.com

Datuk Seri Mustapa Peneraju Pembangunan Ekonomi Kelantan.


Mustapa Mohamed Pembangun Ekonomi Kelate - #TukarKelantan



Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed terbukti mampu memajukan ekonomi Kelantan berdasarkan pencapaiaanya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mustapa dilihat calon "kuat bekerja" yang sesuai untuk menggantikan keadaan ekonomi statik kerajaan Pas Kelantan, yang sejak 22 tahun mengalami defisit di dalam bajet negerinya.

Setiap tahun kadar defisit yang dibentangkan mencecah RM25 hingga RM45 juta sehinggakan dijangka kedudukan kewangan kerajaan Pas menuju ke arah bankrup disebabkan ketiadaan usaha meningkatkan ekonomi negeri melalui pelaburan dan penjanaan ekonomi setempat. Kelantan kini dirundum kemelut ekonomi negeri kerana masih gagal memajukan ekonomi negerinya sejak pemerintahan Pas bermula 1990.

Kemasukan pelaburan asing yang berkurangan menjadi bukti pelaburan di negeri itu tidak rancak dengan kurangnya syarikat kilang daripada luar.

Di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga terdapat 600,000 rakyat Kelantan terpaksa mencari pekerjaan di luar negeri kerana sedikitnya peluang pekerjaan ditawarkan di dalam negeri.

Biarpun, kadar inflasinya rendah namun kadar kemiskinan di Kelantan merupakan antara negeri tertinggi di Semenanjung ini.

Begitupun, Mustapa, anak jati Kelantan, dilihat menjadi pemimpin terbaik daripada Barisan Nasional (BN) untuk menjadikan beliau sebagai catalyst dalam ekonomi Kelantan.

Ini terbukti apabila kementerian di bawahnya berjaya menjadikan Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM1.269 trilion tahun lalu, meningkat 8.7 peratus banding 2010, iaitu jumlah perdagangan tertinggi dicatatkan setakat ini.

Manakala eksport meningkat 8.7 peratus kepada RM694.55 bilion manakala import mencatatkan peningkatan 8.6 peratus kepada RM574.23 bilion tahun lalu. - kelatekito.net

Lahad Datu - Agenda Besar Anwar Ibrahim Di Sabah Terbongkar




Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini?

Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim.

Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.

Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?

Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.

Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina?

Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja?

Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.



Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.

Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.

Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa.

Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat, sudah terbukti. - anginperubahan

Sunday, 24 March 2013

WAJIB UNTUK TAHU!!! JAWAPAN AKU UNTUK TUJUH SOALAN FOREIGN POLICY KEPADA ANWAR IBRAHIM.

TUJUH SOALAN FOREIGN POLICY KEPADA ANWAR??? 







Bill Clinton pernah sekali gambarkan dirinya “budak bermasalah,” tetapi ia tidak apa-apa ke atas Anwar Ibrahim (AI). 2 minggu lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah bersih daripada sekatan penjara politik untuk sertai semula politik, dan ramai anggap beliau bakal menjadi Perdana Menteri untuk negaranya. Beliau berkata kepada FP (Foreign Policy) tentang beliau kembali untuk berkuasa dan bagaimana bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad anggap beliau boleh memecahbelahkannya.

FP: Bila anda akan mencari pejabat politik?

AI: Saya boleh sekarang. Isu sekarang ialah bila saya mahu lakukan. [Pakatan Pembangkang] punyai 5 kerajaan negeri dengan satu Wilayah Persekutuan, 6 kawasan tersebut adalah kawasan utama. Kita harus mereka urus dengan baik dan jujur. Banyak benda perlu dilakukan kerana kita bukan sahaja perlu prestasi lebih baik daripada kerajaan sebelum ini. Saya mahu pastikan pakatan ini akan bersama, dan ada tanggungjawab mengurus kerajaan. Ini lebih susah daripada saya merebut kerusi ke Parlimen, kerana ia akan pesongkan perhatian. Tetapi saya bukan tidak ambil kira [perebutan kepada pejabat]. Kami masih mencarinya dan ia boleh jadi tidak lama lagi.

Jawapan dari aku:
YANG INI AKU TAK AMBIL TAHU LANGSUNG.PAKATAN ADA OPIS KA TAKDAK AKU PEDULI APA!!! Tapi yang nyata PR memang tak dapat langsaikan janji2 mereka di 6 kawasan yang telah mereka kuasai hingga hari ini.Yang kita tahu makin menimbun masaalah yang timbul akibat akibat kepincangan dari kepimpinan mereka sendiri.



FP: Apa penjelasan anda tentang prestasi kuat Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya lepas?

AI: Ia adalah formula kekuatan lebih kepelbagaian kaum, kepelbagaian agama. Kami bersatu di atas asas kepercayaan kami dalam perubahan demokrasi. Selepas semuanya, ini bukan sesuatu asing. Ini apa yang telah dijanjikan kepada kami bila kami capai kemerdekaan dalam 1957. Bersama dengan agenda kepelbagaian kaum, kepelbagaian agama, kami bercakap tentang agenda baru ekonomi Malaysia. Negara telah hilang daya saing. Tiada badan kehakiman bebas. Rakyat lebih untuk tidak peduli fakta pentadbiran demokrasi sebenar sepatutnya beri rakyat lebih keyakinan.Plihan raya di sini tidak pernah adil dan bebas. Kami tiada kebebasan media. Saya tiada diberi masa 10 minit untuk muncul di televisyen tempatan. Walaupun proses pemilihan jelas palsu. Tetapi dengan semua itu, kita masih dapat buat persembahan cukup bagus. Mereka gelarnya sekarang tsunami politik.


Melayu Cina India... Beramai-ramai turun ke jalanraya...
Bukan nak bergaduh sesama sendiri, tapi berpakat sesama sendiri menolak rejim DAP di Pulau Pinang... Alhamdulillah inilah yang kita mahu tengok, semua rakyat bersatu menentang DAP... Tsunami politik menolak Pakatan Rakyat melanda Pulau pinang.Ini baru laaa betul2 1Malaysia beb... Gabungan dari tiga bangsa.Tahniah untuk mereka semua yang peka tentang hak untuk rakyat yang sebenarnya.Apecer sekarang tsunami kebangkitan rakyat boleh datang membadai PR.Bak kata Nabil lu pikir la sendiriiiiiiii!!!.

FP: Jadi apakah bahagian paling susah mengetuai parti pembangkang seperti ini?

AI: Anda perlu luangkan lebih masa untuk menyatukan mereka. Buatkan mereka untuk setuju bukan hanya perkara kepentingan politik. Ia adalah perkara untuk buat polisi khusus dan agenda perubahan sementara melindungi kepentingan elemen parti masing-masing. Penyatuan ialah beberapa siri perbincangan. Ia memenatkan.



Dari awal lagi mereka berlaga sesama sendiri melibatkan bermacam macam isu.Ini macam boleh jadi satu ka kawan.Satu bas ader tiga drebar tapi berebut rebut nak drive hu3.Elok2 atas jalan terus dengan segala hormatnya di persilakan ke longkang!!!

Fakta satu: PAS tidak mempertahankan kalimah Allah. - Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit.Hadi lupa atau tak pernah tahu langsung tahun 1995 Anwar pernah berkata:


Mereka2 yang taksub sangat menyokong PKR tolong ingat baik2 siapakah beliau pada masa itu?

Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi. Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

Fakta kedua :Dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP. - Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.



Fakta ketiga :
Masalah Air di Selangor & Kuala Lumpur
Sekarang? Puncanya Kerana Kerajaan
Selangor Tolak Projek Langat 2 RM8.6
Bilion!!




Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai pelan jangka pendek (bagi mengatasinya jika tidak bersetuju dengan usaha penyelesaian yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kedegilan Kerajaan Negeri itu untuk menyelesaikan isu air tidak mustahil akan membawa kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di kawasan selatan Selangor.

“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.

Apa kena mengena masalah air di Selangor dan Kuala Lumpur yang berlaku sekarang ini dengan projek Langat 2? Pakatan Rakyat nak projek mega atau nak selesaikan masalah rakyat Selangor?.Ini baru isu air yang lain2 camner pulak.Walah walaaaaaaah makin mumet wak Khalid nak memikir nanti hahahahahaha.

FP: Adakah anda peka tentang mereka berpaling tadah? Bagaimana anda mahu mengekalkan mereka bersama?

AI: Masa sekarang kami sangat kukuh dan komited terhadap program. Sebenarnya, parti pemerintah sekarang risau tentang mereka berpaling tadah. Kami ada nombor. Kami ada 30 [ahli dari parti pemerintah yang nyatakan untuk paling tadah]. Soalan seterusnya ialah, kenapa kita tidak bertindak sekarang? Kami tidak bertindak sekarang kerana beberapa sebab. Pertama, Parlimen masih belum bersidang. Kedua, kami mahu majoriti selesa. Ketiga, kepada mereka yang telah nyatakan persetujuan mesti diuji dimana mereka komited terhadap agenda perubahan. Jika tidak pakatan boleh jadi tidak stabil.



IPOH – Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak dan merasakan keputusan itu secar tidak langsung membuatkan Barisan Nasional (BN) Perak lebih tergugat dalam mempertahankan negeri ini.Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, kedudukan Anwar sebagai ketua umum membolehkan beliau membuat pilihan kawasan yang akan ditandingi.

Apa dah jadi dengan sokongan dari orang2 Permatang Pauh pada Anwar.Macam mana nak stabil Anwar sendiri pun dah atur strategi nak bertanding tempat lain.Aku rasa perkara di bawah ni mungkin antara sebab kenapa pakatan masih rasa tak stabil.

DAP mahu guna simbol PAS, PKR: Karpal...PAS bagi Ker..Jeng Jeng Jeeeeeeeeeeeng.

FP: Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum bersara 2003. Apakah pendapat anda legasi beliau akan jadi?

AI: Pendapat saya [beliau akan diingati] sebagai seorang nasionalis muda dalam cuba untuk menjadi lebih berdikari, tetapi membesar menjadi terlebih yakin, terlebih positif, dan bertukar ke arah gila kuasa. Negara adalah beliau. Ini adalah masalah kerap berlaku dengan ramai pemimpin negara-negara baru. Anda dapat rasakan juga sekarang yang beliau percaya beliau tidak boleh pergi kerana apa [beliau fikir] akan jadi musnah. Apa akan musnah? Media dan badan kehakiman telah musnah di bawah beliau.

Bagi aku Tun Mahathir mohamad memang seorang yang hebat dalam merialisasikan setiap amanah yang terpikul di bahunya sepanjang menjadi Perdana Menteri malaysia.Jawapan di atas menyerlahkan lagi tujuan sebenar Anwar untuk menjadi perdana menteri lebih kepada niat untuk sesi balas dendam terhadap Tun Mahathir mohamad.Jika kita lihat kredibiliti Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ternyata sangat jauh berbeza.

FP: Anda terlibat dalam masalah dalam lewat 1990 apabila anda mula kritik Mahathir, bekas mentor politik anda. Adakah anda memandang rendah beliau sebagai lawan politik?

AI: Tidak, saya tidak pernah. Tetapi pada masa itu saya ada pendapat yang kuat. Dia marah idea dan hubungan baik saya dengan barat, terutama Amerika Syarikat. Saya berkata, saya tahu saya tidak berada dalam senarai gaji CIA. Saya ada pandangan kuat terhadap isu Iraq. Saya ada pendapat tersendiri. Apa masalah saya melayan Amerika sebagai kawan? Beliau jangka semua orang lain menjadi anti-Amerika kepada perkara-perkara tidak betul.

Kenapa Tun Dr Mahathir tak suka Anwar rapat dengan barat terutamanya Amerika.Dibawah adalah sedikit info terbaru dari warganegara AS sendiri.



Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.

Amerika mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim dan mesra bagai isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.Informasi ini membuatkan aku mula meneliti kembali kaitannya dengan artikel yang pernah aku siarkan sebelum ini.
Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?

Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.

Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?

Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.

Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.

Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib, kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.

Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.

Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.

Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.

Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.

Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.

Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!

GEMPAR: Rahsia 24 Hari Sebelum Pendaratan Penceroboh Sulu Keatas Sabah.


FP: Adakah anda berpendapat Mahathir tidak sengaja jadikan anda lawan yang kuat?

AI: Mahathir sebenarnya pandang rendah saya. Beliau selalu percaya orang akan musnah di bawah penderaan atau tahanan. Beliau ada beritahu saya, semasa kami rapat, apa beliau paling takut ialah ditahan tanpa ketahui bila akan dikeluarkan. Jadi itu apa beliau lakukan pada saya. Beliau memandang rendah saya. Beliau fikir saya akan musnah.

PSSSSSST UMI HAFILDA BT ALI ADA JAWAPANNYA:


Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau telah dipenjara 6 tahun atas salah guna kuasa pada 1999, dijatuhi 9 tahun penjara di atas meliwat pada 2000, dan dibebaskan pada 2004. Beliau sekarang mengetuai Pakatan Parti Pembangkang di negaranya.Boleh ke kita terima bekas banduan tuk jadi Perdana Menteri kita.Bagi aku mati hidup balik pun tidak sama sekali aku akan mengizinkan orang camni jadi Pemimpin untuk NEGARAKU yang tercinta ini...

Sumber - Macam macam  adaaaaaaaaa.



Saturday, 23 March 2013

Kerajaan Pas Kelantan diminta tidak cipta alasan



TANAH MERAH 23 Mac - Kerajaan Pas Kelantan diminta supaya tidak mencipta alasan dengan mendakwa wujudnya sindiket dalam isu pengambilan tanah rakyat di kawasan hulu negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya sindiket tetapi jumlahnya amat sedikit berbanding tanah diusahakan rakyat yang diambil untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat untuk dibangunkan.

Beliau berkata, rakyat negeri ini terutama di kawasan hulu memahami isu tersebut dan tidak akan termakan dengan alasan yang dicipta oleh kerajaan Pas Kelantan.

"Saya kurang pasti apa keadaan sebenar tetapi kalau benar sindiket, apakah ribuan penduduk di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli ini terlibat dengan sindiket, kita tidak nafikan wujud sindiket tetapi jumlah itu amat sedikit.

"Orang Asli, saya rasa tidak ada sindiket, saya dimaklumkan bahawa 23 kawasan melibatkan lebih 1,000 keluarga Orang Asli yang terjejas pendapatan mereka, saya percaya Orang Asli tidak dipengaruhi oleh sindiket kerana mereka sudah berada di situ beratus tahun dahulu.

"Jadi jelas kepada kita ini hanyalah alasan semata-mata, kalau begitu adakah ini bermakna kalau orang yang memohon tanah itu tidak melalui sindiket kerajaan negeri sanggup meluluskannya? Sesiapa saja dia Gua Musang dia buat secara betul, isi borang, kalau kata sindiket bolehlah kita kata satu dua tetapi yang lain-lain kita hendak kata macam mana peneroka yang tulen sehingga tiga generasi pun ada," katanya.

Tambahnya, dari segi moral, tidak wajar sama sekali tanah yang telah diusahakan rakyat selama 20 sehingga 30 tahun diberikan kepada syarikat swasta atau Ladang Rakyat biarpun ada di antara mereka tidak memiliki geran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Perubatan 1Malaysia negeri Kelantan di Hospital Tanah Merah di sini hari ini. - UTUSAN



SPR sudah sedia 90%, tunggu Parlimen bubar

SPR sudah sedia 90%, tunggu Parlimen bubar
23 Mac 2013



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

BENTONG - Semua persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya dari segi logistik, penyediaan premis dan pemilihan petugas kini berada pada tahap lebih 90 peratus siap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya kini hanya menunggu pembubaran Parlimen dan selepas penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian, baki persiapan PRU akan disiapkan sepenuhnya.

"...semua telah disediakan, termasuk undang-undang juga yang perlu dipinda, borang-borang, kemudahan ICT... pegawai-pegawai, petugas-petugas telah dikenal pasti, dilatih, diberi taklimat dan diberi latihan amal.

"Jadi semua perkara kita dah rancang dengan teliti, latihan telah dibuat, semangat telah diberi, bajet telah ada, dari segi persediaan kecuali helikopter, kapal terbang yang kita tak boleh tempah sekarang sebab bayaran dikira harian, kalau dah betul esok...akan dimaklumkan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis taklimat akhir PRU13 bagi pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, di Bukit Tinggi dekat sini, hari ini yang merupakan kumpulan terakhir dalam sesi taklimat ulangan PRU13 seluruh negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan watikah pelantikan pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan pegawai penolong pengurus pilihan raya bagi Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Berpuas hati dengan segala persediaan setakat ini, Aziz berharap segala persediaan dan pembaharuan yang dilakukan, digunakan pengundi, pemimpin parti dan calon-calon sebaik mungkin, seterusnya memastikan PRU13 berjalan dengan baik.

"Saya berani jamin, PRU13 ini tidak akan jadi yang terkotor, SPR telah berusaha sedaya upaya supaya PRU ini berjalan dengan bersih dan tidak banyak kesilapan, kita dah buat latihan berulang, perancangan yang lama dengan peralatan lengkap, mengadakan tempat mengundi yang cukup dan pindaan kepada undang-undang, peraturan dan borang, begitu juga memberi peluang mengundi kepada semua orang," katanya.

Bagaimanapun, Aziz berkata, beliau sedikit kecewa dengan jumlah rakyat Malaysia di luar negara yang memohon untuk mengundi pos, di mana menurutnya sehingga semalam, hanya terdapat 5,590 permohonan.

Menyifatkan jumlah itu sebagai tidak memuaskan, beliau berkata daripada permohonan itu, sebanyak 713 ditolak kerana tidak layak antaranya disebabkan pemohon tidak berdaftar sebagai pengundi dan pengundi tidak cukup umur.
Menurut beliau, permohonan tertinggi adalah dari Australia, diikuti United Kingdom, China, Amerika Syarikat dan Qatar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dakwat kekal yang akan digunakan pada hari pengundian, akan diedarkan kepada negeri-negeri pada hari pembubaran Parlimen.

Mengenai kebenaran setiap parti politik menyiarkan manifesto masing-masing di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenainya

Orang ramai kini boleh melayari laman web www.PRU13.gov.my, bagi mengetahui antara lain, pusat mengundi dan maklumat penting mengenai PRU13. - Bernama

TERBARU : Wartawan Amerika Dedah Campurtangan Luar Di Lahad Datu?!



Lahad Datu : Wartawan Amerika Dedah Campurtangan Luar?!

Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.

Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.
Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.

Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.



Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..


Dalam link ini (http://www.globalresearch.ca/us-sponsored-political-conspiracy-in-malaysia-the-mysterious-case-of-the-sulu-sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..


Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia. - 

http://alamijiwaparadox.blogspot.com

Orang Penang Tuntut Janji Kat Lim Guan Eng @ DAP.





Melayu Cina India... Beramai-ramai turun ke jalanraya...

Bukan nak bergaduh sesama sendiri, tapi berpakat sesama sendiri menolak rejim DAP di Pulau Pinang... Alhamdulillah inilah yang kita mahu tengok, semua rakyat bersatu menentang DAP...


Apa sudah jadi ni rasa macam tak percaya laaaa.

DAP kata di penang mereka dapat sokongan kuat.Syabas di ucapkan buat semua yang telah menjayakan

misi untuk menyedarkan masyarakat ini.


PSSSSSSSST orang DAP sebelum you all cuba untuk sabitkan UMNO dan BN terlibat dalam hal ni,apa kata you all cari muka2 kat atas ni.Cer tanya kenapa mereka jadi begini....


SEKALI LAGI SETINGGI - TINGGI TAHNIAH WA UCAPKAN (^_^)

7 Dosa Pakatan Rakyat.




KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan,selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.

Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya.

Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. - Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit.

Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi. Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP. - Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru.

Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir.Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. - Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR.

Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan. Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang. - Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang.

Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.D

Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam. - Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP. Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya. Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."
Sumber - Utara.news