Monday 13 August 2012

Neelofa Semakin Lupa Diri - Yusof Haslam

KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal dan kurang senang dengan sikap pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri hiburan Malaysia, Neelofa.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam, Yusof kecewa dengan sikap Neelofa yang dilihat semakin hari semakin lupa diri selepas namanya semakin gah di pentas dunia seni.

Yusof meluahkan kekesalannya berikutan sikap dan komitmen Neelofa dalam perjalanan promosi filem yang dibintanginya sendiri iaitu S.A.M terbitan Skop Production.

Neelofa dikatakan sukar untuk dihubungi oleh pihak Skop Production selain tidak langsung membalas setiap pesanan atau SMS yang dihantar kepadanya berhubung jadual promosi yang diadakan.

Selain itu, Yusof turut menasihati Neelofa agar tidak mudah lupa diri walaupun semakin mengecapi populariti.

Sementara itu, pengurus pelakon wanita itu dalam kenyataannya di Sinar Harian memaklumkan Neelofa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini dalam masa terdekat.
“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” kata Amir. -Mynewshub.

No comments:

Post a Comment