Tuesday 14 August 2012

Bersih 4.0 Akan Wujud Dua Kumpulan?

CAKAP-CAKAP politik disebalik penganjuran Bersih 4.0 pada malam sambutan Merdeka 30 Ogos nanti menyebut tentang kewujudan 2 kumpulan berbeza. Satu kumpulan akan dipimpin oleh Datuk A Samad Said dan satu kumpulan lagi akan dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Khabarnya, kumpulan Samad Said disokong 0leh PAS/PKR, manakala kumpulan Ambiga akan disokong DAP. Lambang dan T-Shirt himpunan juga berbeza walaupun masih mengekalkan penggunaan warna kuning.

Penulis mendengar, kewujudan 2 kumpulan berbeza untuk matlamat yang sama ini adalah bagi mengelakkan DAP dari terkait dengan kekecohan yang mungkin tercetus di kalangan penyokong PAS/PKR dengan pihak berkuasa seperti polis dan DBKL.

DAP dan Ambiga dikatakan sudah serik dipersalahkan oleh penyokong mereka (majoriti orang cina), bila perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lepas yang sepatutnya aman, menjadi tidak terkawal setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan peserta himpunan merempuh hadangan polis untuk masuk ke Dataran Merdeka.

Sejak dari kejadian tersebut, peratusan sokongan orang cina terhadap PKR dikatakan jatuh mendadak begitu teruk sekali, dibandingkan dengan peratusan sokongan sebelum himpunan Bersih 3.0 diadakan.

No comments:

Post a Comment