GUA MUSANG - Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) melancarkan program pemutihan parkir, dengan memberi kompaun kepada sesiapa yang masih ada tunggakan saman parkir sehingga 90 peratus.
Ketua Penguat kuasa MDGM, Kamaruddin Idris berkata, setiap kompaun itu hanya dibenarkan membuat bayaran RM10 dan tempoh gerakan pemutihan itu dilonggarkan sehingga 31 Ogos ini.
Beliau berkata, jika ada mereka yang masih belum menjelaskan saman dalam tempoh kompaun yang dibenarkan itu, akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk mengunci tayar kenderaan.
“Kita sekarang beri promosi untuk pemilik kenderaan yang sebelum menerima surat saman kompaun kerana tidak bayar parkir boleh berbuat demikian dengan tawaran potongan 90 peratus.
“Selepas tempoh itu, kita tidak akan bertolak ansur lagi dan tetap mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sebagaimana yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya.
Kamaruddin berkata, semakan berhubung perkara itu boleh dilakukan di Pejabat MDGM pada bila-bila masa waktu pejabat dan boleh terus membayarnya jika ada memiliki saman tersebut.
Katanya, MDGM banyak memberi kelonggaran ke atas perkara itu kerana tidak mahu membebankan pemilik kenderaan apabila membayar saman kompaun itu dengan kadar tinggi.
“Langkah kita berbuat demikian untuk membersihkan 100 peratus dalam rekod saman kompaun yang dikeluarkan penguat kuasa MDGM sebelum tarikh tamat promosi tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kain rentang kempen promosi itu juga diletakan di beberapa lokasi untuk perhatian semua pemilik kenderaan yang pernah dikenakan saman dan dibenarkan bayar kompaunnya. -Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment