Wednesday 10 April 2013

#PRU13 : #REGIMPAS KELANTAN ZALIMI TEMPAT ANAK ISLAM BELAJAR AGAMA #TUKARKELANTAN



















Pusat2 maksiat sperti ini sehingga ke hari ini masih lagi beroperasi tanpa di kenakan apa2 tindakkan yang sepatutnya.Kerajaan PAS kelantan seperti tak ambil tahu tentang pendedahan yang telah dilakukan sebelum ini walaupun jaraknya hanya 600 meter dari rumah Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz.


 


Setelah mengeluarkan bermacam-macam fatwa songsang dan hukum membabitkan soal dosa dan pahala kini dengan begitu kejam dan zalim sekali mereka telah menyita tempat dimana anak2 islam akan belajar dan meneruskan perjuangan syiar islam yang sebenar di Pondok Genting.

Tempat ini adalah tempat bagi mereka yang benar2 ingin mendalami ilmu islam.Inikah tindakkan dan sokongan yang di berikan oleh kepimpinan yang kononnya membangun bersama islam.

Ini berlaku kerana disebabkan kebanyakkan Tok Guru sekolah pondok yang semakin hari semakin berani dan tegas menolak Islam palsu ciptaan regim PAS.

Malang sekali bagi mereka apabila menjadi mangsa politik tanpa memikirkan nilai2 kemanusiaan ini.Regim PAS hari ini sebenarnya lebih zalim lagi daripada regim taliban Afghanistan.Mengapakah Regim PAS begitu zalim sekali sekali berbuat seperi ini hanya kerana lebih mementingkan perjuangan mereka dalam politik.

Sungguh tak di sangka sungguh tak diduga bahawa sebenarnya PAS hari ini sebenarnya dengan begitu biadap sekali tidak memperjuangkan islam.Maka tidak hairan lah kalau mereka secara terang terangan sanggup untuk bersekongkol dengan DAP.

NA'UZUBILLAHHIMINZALIK....

KEANGKUHAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan politik kebencian beliau kepada UMNO semakin ketara apabila beliau menganggap kewujudan UMNO adalah kecelakaan besar kepada umat Islam kerana UMNO kononnya menolak Islam.

Sememangnya kita akan menyaksikan lebih banyak lagi kenyataan menyerang UMNO berkaitan Islam akan dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang kini terus bermimpi bahawa Pas telah berjaya mendidik DAP menerima Islam.

Penulis tidak berhasrat untuk mengulas lanjut berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai pendirian DAP dalam soal itu kerana penulis yakin DAP bukan seperti Pas yang tidak konsisten dalam soal menyatakan pendirian. Penulis percaya DAP tetap dulu, kini dan selamanya akan menolak perjuangan Islam oleh Pas apatah lagi dalam soal undang-undang Islam dan negara Islam.

Tetapi apa yang penulis ingin bentangkan di sini ialah mengajak pembaca mengkaji dengan fikiran yang tenang apakah benar kewujudan UMNO adalah satu kecelakaan besar kepada umat Islam dengan membandingkan fakta-fakta yang dibentangkan.

* PENUBUHAN PAS - Pas terwujud berikutan perpecahan yang berlaku di dalam UMNO, sekumpulan ulama menubuhkan Pas atas hasrat ingin memperjuangkan Islam. Pada awal penubuhannya Pas tidak begitu dilihat boleh mengancam perpaduan umat Islam. Bagaimanapun lama-kelamaan ketaksuban berpolitik telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Pas mula mengamalkan pendekatan politik yang memecah belahkan umat.

Kewujudan Amanat Haji Hadi pada 1981 dianggap petaka kepada umat Islam di negara ini, apabila mereka berpecah belah kerana berbeza fahaman politik. Kita tidak harus lupa amanat itulah yang menyebabkan suami isteri bercerai, ikatan persaudaran terputus, berlaku solat dua imam dan muncul fatwa kononnya sembelihan orang UMNO tidak halal dimakan.

Keadaan ini berbeza dengan penubuhan UMNO, sepanjang kewujudannya parti itu berjaya menyatukan orang Melayu dan umat Islam sehingga memungkinkan Malaysia mencapai kemerdekaan.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan bertujuan memecah-belahkan perpaduan umat Islam semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Tetapi pemimpin-pemimpin Pas bersedia melakukan itu semua kerana sudah taksub dengan pegangan politik.

* DEWAN ULAMA DAN MAJLIS SYURA PAS - Umat Islam menjadi keliru dengan kewujudan dua-dua badan ini. Ia menimbulkan persoalan apakah fungsi sebenar badan-badan berkenaan, apakah semata-mata demi kepentingan politik Pas atau menjadi badan pengimbang atau pihak yang perlu dirujuk apabila berlaku sesuatu perkara berkaitan dengan umat Islam.

Tetapi apa yang kita saksikan, umat Islam melihat kedua-dua badan itu tidak lebih hanya bertindak sebagai sebuah sayap kepada sebuah parti politik. Dalam isu-isu tertentu berkaitan umat Islam kedua-dua badan itu tidak pernah bersuara.

Walaupun ia dianggotai oleh para ulama yang dianggap hebat-hebat belaka tetapi apabila ada isu berkaitan dengan kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang, mereka hanya diam seribu bahasa.

Keadaan ini mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas sering menggambarkan hanya ulama mereka sahaja yang betul. Kecaman akan dilemparkan kepada mana-mana ulama di luar Pas termasuk mufti yang menegur kesilapan Pas.

Oleh itu umat Islam menjadi keliru, kenapakah boleh wujud dua pandangan berbeza berhubung sesuatu isu biar pun ia berkaitan dengan hal ehwal Islam.

* KERJASAMA DENGAN DAP, MENGHALALKAN TINDAKAN PKR - Suatu ketika dulu Pas menjatuhkan hukum mengatakan perbuatan UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC adalah haram. Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi menanam dalam fikiran umat Islam bahawa kerjasama itu tidak harus disokong.

Tetapi demi kepentingan politik dan kemaruk mahu berkuasa, Pas akhirnya bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun Pas memahami DAP bersikap lebih keras berbanding MCA dan MIC dalam soal perjuangan Islamnya, namun Pas bersedia menerima sikap DAP itu dan bagi `menghalalkan' kerjasama berkenaan, Pas menggunakan istilah `tahaluf siyasi'.

* MENJATUHKAN HUKUM SESUKA HATI - Berbanding pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO, pemimpin dan penyokong Pas yang bertaraf ustaz dan ulama begitu mudah menjatuhkan hukum kepada UMNO. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan tanpa memikirkan kesannya kepada umat Islam.

UMNO digambarkan menolak Islam sedangkan parti itulah yang memungkinkan syiar Islam berkembang pesat di negara ini sehingga menjadi negara Islam contoh. Kalau hendak diharapkan kepada Pas, mereka perlu mendapat restu PKR dan DAP terlebih dahulu dan perjuangan Islam mereka hanya sekadar slogan dan retorik semata-mata.

Tindakan pemimpin dan penyokong Pas ini menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya ke atas UMNO bukan sahaja mengelirukan umat Islam tetapi juga memecah belahkan perpaduan antara mereka. Ayat-ayat al-Quran dan hadis menjadi sandaran kepada pemimpin dan penyokong Pas melancarkan serangan ke atas UMNO.

* MASJID DAN SURAU JADI PENTAS POLITIK - Tidak cukup dengan menyerang UMNO dan Barisan Nasional habis-habisan di pentas-pentas ceramah, Pas turut menjadi sesetengah masjid dan surau sebagai platform untuk mereka meracuni pemikiran umat Islam supaya membenci kerajaan UMNO dan BN.

Walaupun sudah diperingatkan berkali-kali termasuklah oleh Raja-raja Melayu, namun pemimpin-pemimpin Pas tetap tidak pernah menghentikan tindakan berkenaan. Akhirnya perbuatan ini mewujudkan `kecelakaan' kepada umat Islam kerana masjid dan surau seharusnya menjadi medan menyatukan ummah, bukannya memecah belahkan sesama umat Islam.

Demikianlah beberapa fakta mengenai sikap berpolitik Pas ketika Nik Abdul Aziz semakin celaru fikirannya untuk memastikan kemenangan Pas dan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebenarnya banyak lagi fakta berkaitan sikap Pas yang boleh mendatangkan `kecelakaan besar' kepada umat Islam tetapi apa yang dipaparkan ini sudah cukup untuk membolehkan kita menilai siapa sebenarnya lebih sesuai menerima tuduhan Nik Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment