Friday 5 April 2013

LAGI 3000 ORANG PULA MEMBANJIRI CERAMAH PENDITA ANJURAN UMNO KETEREH.





Ceramah-ceramah UMNO di seluruh Kelantan terus mendapat sambutan hebat rakyat Kelantan. Selepas berjaya menarik ribuan hadirin ke siri-siri ceramah yang lepas, kali ini 3,000 orang membanjiri ceramah PENDITA anjuran UMNO Ketereh di SK Seri Ketereh.


Ceramah disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Ab. Rahman. Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Dato Ramzi Ab. Rahman.


Seperti ceramah PENDITA sebelum ini, Ustaz Rujhan telah mendedahkan kepesongan kepimpinan PAS dalam menegakkan Islam dan kepincangan sesama mereka dalam mentadbir negeri Kelantan. 


Para hadirin yang hadir dalam ceramah ini kelihatan begitu semangat untuk mendengar konteks penyampaian Ustaz Rujhan yang disampaikan melalui slide gambar dan video. Ini menambahkan pengetahuan rakyat tentang kesesatan kepimpinan PAS. 


Majlis ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh. Diikuti pula dengan bacaan Yassin sempena malam jumaat. Kemudian, solat hajat untuk mempertahankan kalimah Allah dan solat isya. Akhir sekali, ceramah oleh Ustaz Rujhan Ab Rahman mengenai isu akidah seperti isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


Antara foto di lokasi :







 







No comments:

Post a Comment