Tuesday 23 April 2013

PANAS!!! JURUKAMERA RTM MATI DI PUKUL PENYOKONG TEGAR PAS GUA MUSANG.#TolakPR


INI BUKAN GAMBAR HIASAN.

Allahhuakbar!!! Innalillahhiwainnailaihirroji'un..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Mohamed Yaakob, 62, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul Mohamed adalah disebabkan pertengkaran berhubung isu politik.Kejadian berlaku di markas PAS dalam bandar Gua Musang pada tengah malam tadi berhampiran dengan rumah arwah.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Mohamed telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 2pagi.Beliau kemudiannya mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.Mohamed Yaakob atau lebih mesra dengan panggilan Pok Mat oleh penduduk setempat dan kenalan beliau telah disemadikan di tanah perkuburan kampung Kerinting Gua Musang.

No comments:

Post a Comment