Friday 26 April 2013

BERITA PENUH PEMBUNUHAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA.





Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang superbike pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.20 pagi.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

Menurut maklumat awal yang diperoleh daripada rakan yang berada di Hospital Putrajaya, suspek menaiki superbike jenis Honda datang melepaskan tiga das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat. Salah satu daripada tembakan itu mengenai kepala mangsa.-TM

No comments:

Post a Comment