Sunday 21 April 2013

#ManifestoBN:Berita Gembira, Datuk Seri Najib Lancar PPA1M #PRU13 #BetterNation #PPA1M


                           
                                   Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)


Kerajaan melancarkan program Perumahan Penjawat Awam1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM 300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah yang di anggarkan berkeluasan di antara 1,000-1,500 kaki persegi dan lengkap kemudahan asas akan dibina di atas tanah kerajaan. Harga yang ditawarkan pula adalah 20 % hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran masa kini.

Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Harga : RM 150,000 – RM 300,000
Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegi
Unit : 
Sebanyak 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 Putrajaya akan dibina bawah program PPA1M khusus buat kakitangan awam.


PPA1M adalah satu langkah yang sangat baik buat kakitangan awam untuk memiliki rumah sendiri dan mungkin juga yang pertama bagi sebahagian dari mereka.Kenaikkan harga rumah yang berlipat kali ganda di bandar-bandar besar sejak kebalakangan ini menjadi antara penyebab kepada kakitangan awam yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah untuk memiliki rumah sendiri.

Kerajaan di lihat begitu serius dalam melaksanakan transformasi kepada kakitangan awam yang ditempatkan dan bertugas di bandar-bandar besar.Projek PPA1M ini merupakan satu lagi contoh yang mana kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar memperjuangkan nasib rakyat pada masa hadapan dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara kita.




No comments:

Post a Comment