Sunday 7 April 2013

#GE13- Nepotisme Rejim Pemerintahan Anak Beranak #PKR



Pakatan Rakyat sering kali menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.

Siti Zailah khabarnya telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.Bijak sekali percaturan dari Menteri Besar Kelantan ini.Mengapakah Nik Abduh di arah bertanding di Rantau Panjang tetapi tidak di Jeli.Kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya?

Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Disini Anwar dengan amat jelas sekali menunjukkan beliau mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Tidak ketinggallan veteran DAP Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

Jelas dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti kerajaan anak beranak.Tujuan  mereka adalah untuk memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Sedangkan perkara  seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh untuk kita percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tak cukup atau  asih kurang ilmu politik sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

No comments:

Post a Comment