Wednesday 10 April 2013

MANIFESTOBUKANJANJI#HASIL DARI KEPIMPINAN PAS KELANTAN#PRU13#TUKARKELANTAN




Pasar Besar Pasir Mas kelantan telah mula beroperasi pada tahun 1989.Pasar ini seperti yang di ketahui masyarakat setempat adalah di bawah selenggaraan Majlis Daerah Pasir Mas.Merujuk kepada persekitaran Pasar ini jelas sekali menunjukkan kerajaan PAS Kelantan di bawah kepimpinan Tg Nik Aziz menyerahkan semua tanggung jawab ini kepada Majlis Daerah Pasir Mas sepenuhnya.Persoalannya disini kerajaan negeri seperti tidak pernah ambil tahu berkenaan situasi sebenar yang berlaku di persekitaraan pasar ini.

Setiap tahun pastinya perniaga disini wajib untuk memperbaharui lesen perniagaan masing - masing.Itu tidak termasuk Rm 60.00 setahun yang dikenakan bagi kos pembersihan permis perniagaan yang di kenakan bagi tiap- tiap permis.Kemanakah perginya hasil kutipan itu di belanjakan jika inilah hakikat sebenar yang terjadi disini.


Gambar di bawah adalah fenomena pemandangan dari luar pasar.










Di bawah ini pula adalah fenomena dan pemandangan dari dalam pasar.

1.Ketiadaan tempat untuk menyimpan peralatan perniagaan tidak tersusun dengan baik.


2.Keadaan longkang dari bahagian pasar kering dan pasar basah pada bila - bila masa  boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja.

Keadaan longkang dari bahagian pasar kering yang merbahaya kepada orang ramai.

Keadaan longkang di bahagian pasar basah yang tidak bertutup kelak akan mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja.

Di bawah ini pula adalah fenomena dan pemandangan merbahaya yang mana hanya dengan satu kesilapan kecil boleh membuatkan perniaga disini hilang mata pencarian mereka.






Ketiga - tiga gambar di atas jelas menunjukkan wayar - wayar penyambungan elekterik yang bersimpang siur.Sepatutnya pihak yang berkenaan wajib untuk menitik beratkan perkara ini kerana hampir keseluruhan struktur bangunan pasar  adalah berasaskan kayu


Barang - barang perniagaan yang ditinggalkan setelah tamat waktu berniaga juga boleh menyumbang kepada peningkatan kes kecurian di kawasan ini.Menurut keterangan dari beberapa orang perniaga disini sewaktu kempen pilihanraya yang lepas PAS hanya tahu berjanji sahaja pada mereka.Kebanyakkan mereka juga sememangnya telah lama mengimpikan satu suasana yang lebih baik dan bersih persekitaran untuk meneruskan perniagaan mereka.Tetapi berita gembira yang kami terima dalam diam beberapa pengikut Pas yang turut berniaga di pasar ini akan melakukan perubahan pada Pru13 ini.










No comments:

Post a Comment