Sunday 28 April 2013

#Pru13-Parti Ajaran Salah Hudud Terus Di Tempelak #Tukarkelantan#BetterNation

Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang telah menempelak PAS kerana terus menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yang begitu yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud sama sekali walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Menurut beliau juga PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Satu pendedahan yang amat memeranjatkan beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.Jika difikir dengan waras wajarkah seorang yang berkedudukan seperti Nik Aziz menghadiri persidangan seperti itu.Secara rasionalnya pula apakah peranan dan juga kepentingannya bagi para paderi-paderi hingga mereka menjemput Nik Aziz untuk bersama-sama dalam persidangan tertutup mereka.Jika di halusi saya lihat sepertinya Nik Aziz menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan masyarakat islam Malaysia khususnya.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

PAS dalam mana-mana kempen dan ceramah mereka terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata.Mereka yang terpedaya dan taksub pula tentunya akan percaya bulat-bulat tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.Jelas sekali bahawa PAS hanyalah sebagai alat dan tunggangngan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan yang sedia ada.



Apapun marilah sama-sama kita  layan video dibawah ini sebagai renungan dan panduan kita.






No comments:

Post a Comment