Saturday 16 February 2013

Tukar Kelantan


[VIDEO] : Kota Bharu 'Lumpuh' Gara-Gara #GelombangMerah #TukarKelantan



Pergh!

Tukar! Tukar! Tukar kerajaan PAS Kelantan kepada BN!

Itulah laungan yang bergema di tengah-tengah bandar Kota Bharu petang tadi apabila 10,000 rakyat Kelantan berkumpul di Perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri  menyatakan sokongan mereka kepada Gerakan TUKAR yang kini berjuang menuntut hak anak-anak Kelantan.

Gelombang Merah bakal menghantui PAS dalam PRU13!

Tukar! Tukar! Tukar adalah Hijrah...

Tukar adalah demi negeri Kelantan!

Tukar Tok Guru yang sudah uzur kepada Tok Pa yang sentiasa berjuang untuk memastikan kesenangan anak-anak Kelantan di masa akan datang.

YANG DI ATAS ADALAH SUARA SUARA DARI RAKYAT KELANTAN YANG 
MAHUKAN SATU PERUBAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN BARU YANG LEBIH BAIK. 
HUKUM RATA-RATA RAKYAT KELANTAN KINI TELAH MUAL DAN MUAK DENGAN PERSEMBAHAN WAYANG KULIT PARTI PEMBANGKANG YANG DI BAWAH INI.
KERANA KETERANGAN DI BAWAH ADALAH SALAH SATU SEBAB DAN TUJUAN
KENAPA DAN MENGAPA KITA PERLU TUKAAAAAAAAR KELANTAN!!! 

‘Perkahwinan PAS, DAP sudah gagal’


Sepang: “Perkahwinan itu (kerjasama antara PAS dan DAP) dah gagal, hubungan mereka tidak kukuh. Setiap hari ada masalah walaupun pemimpin kedua-dua parti kata boleh bekerjasama, kalau jadi begini macam mana hendak duduk diam dalam satu rumah dan ia bukan satu idea yang bagus,” kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim.
Menurutnya, PAS dan DAP berhadapan dengan konflik yang sangat serius membabitkan isu agama dan menganggap hubungan kedua-dua parti itu hanya bertujuan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Contohnya kalau PAS sebut mengenai hukum hudud, (Pengerusi DAP) Karpal Singh kata ‘over my dead body’ (langkah mayat saya dulu), sedangkan hukum hudud tumpuan utama PAS.
“Tetapi Karpal ketuk juga PAS, memang mereka ada masalah besar bukan saja mengenai hukum hudud, tetapi turut bercanggah pendapat mengenai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang PRU-13. “Mereka main wayang kulit, macam matlamat merampas Putrajaya. Mereka seolah-olah berlari sambil mengikat kaki, seorang tarik sana, seorang tarik sini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Salak Tinggi dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Pengasas serta Penasihat GASSM Abdul Manap Sahardin.

Tunku Abd Aziz berkata, rakyat perlu fikirkan sedalam-dalamnya ketika membuat pilihan semasa mengundi pada PRU-13 nanti kerana pembangkang disifatkan bermain dengan politik yang bahaya.
“Kita kena fikir betul-betul kerana ia akan menjadi ujian paling kritikal, (adakah kita) berani menyerahkan kerajaan kepada orang ini, mereka sudah terlalu lama dalam pembangkang, otak pun sudah beku,” katanya.

No comments:

Post a Comment