Wednesday 20 February 2013

Pelekat 'Keluargaku Pengundi Bn Mula Di Cetak'


KUALA LUMPUR: Usaha mengekalkan sokongan padu rakyat kepada Barisan Nasional (BN) terus dipergiatkan.

Terbaru, parti pemerintah itu memperkenalkan pelekat 'Keluargaku Pengundi BN' yang dihasilkan menerusi gerak kerja veteran Umno.

Pelekat berkenaan dilancarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau menjelaskan, langkah tersebut merupakan antara  strategi parti melawan pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.

Tambah beliau, usaha sama akan turut digerakkan di peringkat wanita serta pemuda.

Mengulas lanjut, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub menyeru semua ahli veteran berganding bahu menjayakan usaha terbabit.

Sebanyak sejuta pelekat dicetak untuk diedarkan ke seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 5000 pelekat diperuntukkan bagi setiap bahagian.




Sumber : Astroawani.com


















No comments:

Post a Comment