Friday 22 February 2013

Pas Berhutang RM2.6 Bilion Pada Warga Emas Kelantan




KOTA BHARU -- Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhutang lebih RM2.6 bilion kepada warga Emas Kelantan.

Penganalisa politik berkata hutang itu dikira atas janji pilihan raya kerajaan Pas Kelantan ingin melaksanakan pemberian bantuan RM100 sebulan untuk warga emas sejak 1990.

"Ini adalah anggaran kasar berdasarkan kira-kira 100,000 warga emas di Kelantan dan jumlah itu ada meningkat dan ada menurun mengikut kematian dan peningkatan umur rakyat Kelantan.

"Jadi RM2.6 bilion itu mungkin kurang tepat namun ia berdasarkan jumlah warga emas Kelantan yang berdaftar dalam Sistem Skim Takaful Kifaalah Warga Emas Kelantan iaitu seramai 108,032 orang, jadi kita kira genapkan kepada 100,000 orang" katanya.

Daripada jumlah warga emas 100,000 orang itu, katanya, jumlah berkenaan akan dikalikan dengan RM100 sebulan dan dikalikan sekali lagi dengan usia pemerintahan kerajaan Pas iaitu 22 tahun atau bersamaan dengan 264 bulan, kerana bantuan RM100 diterima setiap bulan.

"Jadi formulanya ialah 100,000 warga emas x RM100 x 264 bulan = RM2.6 bilion," katanya.

Itu baru satu janji yang tak tertunai oleh kerajaan Pas Kelantan. Bayangkan banyak lagi projek mega yang belum ditunaikan kerajaan Pas seperti pembinaan stadium baru, projek koridor depu, pembinaan pasar baru Pasir Puteh, projek pembangunan Lembah Sireh, Pembinaan Jambatan Kg Cina-Palekbang, Projek Ternak Jihad, Projek Ladang Rakyat, Projek Jalan raya dan terbaru projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion.

"Kalau projek yang disebutkan di atas sudah berjalan pun rakyat masih boleh persoalkan di mana hasilnya untuk perbendaharaan negeri dan juga nikmat yang boleh rakyat berkongsi hasil projek itu?" katanya.

Penganalisa itu berkata adalah lebih wajar rakyat menilai kemampuan pentadbiran dengan janji kosong Pas yang mendakwa mengikut ciri keIslaman.

SUMBER --KELATEKITO.NET

No comments:

Post a Comment