Sunday 3 February 2013

Muzik Penghubung KPeserta #JelajahAmanKampus Dengan Masyarakat Orang Asli


Sabtu, 2 Februari - Jelajah Anak Malaysia pada hari ini bermula dengan aktiviti Rakyat Cergas di mana para peserta bersama-sama masyarakat Teluk Intan bersenamrobik di Dataran Menara Condong.

Ini merupakan aktiviti penutup jelajah ini di destinasi pertama bagi kumpulan A & B di Teluk Intan sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Siput, Perak.

Konvoi Jelajah Anak Malaysia meneruskan perjalanan ke Sungai Siput pada jam 11.00 AM dan tiba di Sungai Siput pada jam 3.00 PM. Kami disambut baik oleh masyarakat Sungai Siput yang diketuai Dato' Hj Ahmad bin Pakeh Adam, Adun Lintang selaku tuan rumah dan Datuk Haji Zulkifli Haji Harun, Ketua UMNO Bhg. Sg. Siput mewakili Dato' Seri S. Samy Vellu.



Di destinasi kedua ini, para peserta menjalankan aktiviti Suara Rakyat bersama masyarakat Sungai Siput di sekitar kawasan Komersial Waterfront. Komitmen dan respon dari masyarakat Sungai Siput sangat membanggakan akan keprihatinan serta kepuasan mereka terhadap hasrat Perdana Menteri Malaysia dalam Pelan Transformasi Negara.

Pada malamnya pula, diadakan Muzikal Rakyat. Keunikan persembahan yang ditampilkan oleh masyarakat Sungai Siput mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana dalam Muzikal Rakyat ini menampilkan konsep 1Malaysia yang mana persembahan dari pelbagai kaum dan bangsa.

Antara persembahan yang ditampilkan adalah tarian rakyat oleh Orang Kita (Orang Asli), tarian kaum India oleh Saudara Nesan A/L Chaladore dan kumpulannya, persembahan perkusi oleh kumpulan Perkusi Gatra dan pelbagai lagi. Persembahan ini tidak lengkap jika tiada kumpulan busker jelajah anak Malaysia.

Seterusnya...

No comments:

Post a Comment