Friday 8 February 2013

Projek Pembangunan Tebing Sungai Kelantan Terbiar

KOTA BHARU – Projek pembangunan bernilai RM 2 bilion di tepi Sungai Kelantan yang sepatutnya siap pada 2015 tidak dibangunkan pada tahap yang sepatutnya walaupun Ketua Audit Negara pernah menegur kerajaan negeri mengenai kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam projek berkenaan dua tahun lalu. 

Projek pembangunan sejauh 10 kilometer (km) itu sepatutnya siap sepenuhnya pada 31 Ogos 2015 , iaitu tempoh dua tahun dari sekarang berdasarkan pertukaran surat antara pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd (LSSB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri. Projek pembangunan itu melibatkan pembinaan 2,400 rumah kedai, sebuah hotel, sebuah pasar raya, sebuah padang golf, pangsapuri mewah dan rumah kediaman. 

Bagaimanapun sehingga kini, hanya sebuah pasar raya dan beberapa lot kedai telah dibina sejak 2003 di atas projek pembangunan seluas 404.6 hektar ketika diumumkan kali pertama dan menyebabkan 130 pekebun diarahkan keluar. 

Sebahagian daripada RM389 juta nilai infrastruktur dan projek tambahan lain serta wang tunai masih belum diberikan walaupun perjanjian dengan LSSB akan tamat. 

Kegagalan dalam projek pembangunan berkenaan adalah membina masjid, jalan raya, jambatan dan kawasan perumahan rumah kos rendah ia telah menyebabkan Ketua Audit Negara mempersoalkan mengenai kelangsungan projek tersebut dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya. 

Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 menyatakan bahawa kontraktor LSSB berhutang dengan kerajaan negeri lebih daripada RM12 juta dalam pembiayaan projek pembinaan rumah kos rendah . 

Sumber memberitahu transaksi menunjukkan bahawa LSSB tidak melaksanakan tanggungjawab mereka kepada kerajaan negeri. 

“LSSB berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM389 juta. Mereka mendakwa tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, dengan menyatakan lebih daripda RM400 juta dibayar kepada ahli lembaga pengarah mereka sejak lima tahun lalu,” menurut sumber berkenaan. 

Tahun lalu, LSSB mengisytiharkan kerugian terbesar yang dicatatkan iaitu RM7.1 juta. Apa yang menghairankan SPRM ialah apabila ahli lembaga pengarah masih dibayar gaji berjumlah RM75.5 juta. 

Tahun lalu, LSSB mengisytiharkan kerugian terbesar yang dicatatkan iaitu RM7.1 juta. Apa yang menghairankan SPRM ialah apabila ahli lembaga pengarah masih dibayar gaji berjumlah RM75.5 juta. 

Perjanjian itu juga mengkehendaki LSSB membina Jambatan Sultan Yahya Petra. Bagaimanapun ia tidak gagal disiapkan. 

Kerajaan pusat telah mengambil alih projek bernilai RM90 juta itu dan syarikat berkenaan tidak diberikan sebarang bayaran. 

Empat bidang tanah diberikan kepada LSSB di bawah pegangan pajakan selama 99 tahun. Tanah sepanjang 10 kilometer di kedua-dua belah kawasan tepi Sungai Kelantan seperti Jambatan Sultan Yahya Petra untuk ke Pulau Jerami, Kota Baru, Kampung Palekbang dan Tumpat. 

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 8 Julai 2003, syarikat berkenaan mempunyai tempoh hingga 2015 untuk membina rumah kedai, hotel, pasar raya, padang golf, apartmen mewah dan rumah kediaman. 

Projek itu termasuk melibatkan pembinaan 600 unit banglo mewah, rumah berkembar dan rumah teres dan perumahan kos rendah serta kemudahan selain pembangunan komersial. 

Sebagai balasan terhadap pemberian tanah berkenaan, LSSB sepatutnya membayar kepada kerajaan negeri dalam wang tunai dan pembinaan prasarana. 

Selepas 10 tahun, kerajaan negeri tidak menerima sebarang bayaran mahupun membina infrastruktur seperti yang dijanjikan, menurut sumber tersebut. 

Pada asalnya, perjanjian itu terpakai untuk tempoh 12 tahun walaupun lanjutan kontrak dibenarkan. 

adalah ‘setara dengan jumlah keseluruhan yang ditolak’. 

Ini menyebabkan berlakunya satu transaksi di mana pemaju telah menyerahkan sebuah kawasan seluas 4.8 hektar yang dijadikan tapak sebuah istana. Pemaju bagaimanapun menambah nilai tanah tersebut kepada RM41 juta. 

“Tidak ada satu bangunan siap dibina di kawasan tersebut. Apa yang mereka lalkukan adalah meratakan tanah. Tidak pernah ada cadangan untuk membina sebuah istana dalam perjanjian asal,” kata seorang pegawai biasa. 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa satu pasukan sedang menyemak kertas mengenai projek berkenaan. 

Abu Kassim berkata pegawai penyiasat telah berhubung dengan kerajaan negeri dan wakil LSSB, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Sementara itu, jurucakap LSSB enggan mengulas mengenai siasatan berkenaan sementara Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan. 

Pada masa yang sama, pelabur dan peniaga kecil dan sederhana yang telah melabur dalam projek berkenaan melihat pelaburan mereka diibaratkan ‘seperti masuk angin, keluar asap sahaja’. 

Ramai peniaga telah menyemakan lot kedai mereka, dan berharap dapat keuntungan daripada kemajuan projek Lembah Sireh namun hanya sebahagian kecil pelanggan yang datang ke tempat mereka. – mStar Online

No comments:

Post a Comment