Saturday 1 September 2012

Twtup Merdeka Ke -55 Tercatat Dalam Malaysia Book of Records

Malaysia mencipta dua rekod dunia apabila dapat mengumpulkan 10128 pemegang akaun twitter dalam satu masa selain berjaya memperoleh 3611323 tweet dengan pautan @twtup dan hash tag #merdeka55 dalam masa satu jam.

Matlamat yang dilakukan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini ternyata berjaya malah lebih daripada apa yang diharapkan.

Selain dapat mengumpulkan golongan berteknologi tinggi, Twtup Merdeka 55 ini juga menyaksikan pelbagai generasi berkumpul untuk menyambut hari bersejarah ini.

Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan rakyat tempatan.

Mana tahu di dalam acara seperti ini anda bakal bertemu dengan jiran lama yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa bukan?

Hari bersejarah ini akan dimasukkan ke dalam Malaysia Books of Records, sekali gus akan membuktikan acara seperti ini mendapat sokongan penuh daripada seluruh masyarakat.

Tahniah diucapkan!

No comments:

Post a Comment