Saturday 4 May 2013

PRU13#[VIDEO]:PESANAN ISTIMEWA EDDIE HAMID BUAT RAKYAT KELANTAN#TUKARKELANTAN#BETTERNATION



Dalam menanti Pru13 pada tanggal 05/05/2013 yang bakal tiba, mari kita sama-sama layan pesanan dari pencipta dan juga penyanyi lagu " BO LA WEI ".Saudara Abd Hamied Bin Adnan atau lebih mesra dengan pangilan Eddie Hamid adalah seorang anak jati Kelantan dari Kubang Kerian. Kesempatan bertemu dengan beliau tidak kami lepaskan untuk mengajak beliau berkongsi cerita pengalaman hidup beliau sebagai seorang penyanyi dan juga komposer terutamanya berkenaan dengan lagu Bo La wei yang kini menjadi siulan rakyat Kelantan.Ternyata beliau seorang yang begitu terbuka dalam berkongsi pandangan dalam bab agama dan juga politik di malaysia.Walaupun sesetengah pihak melemparkan tohmah dan amarah kepada beliau kerana lagu Bo La Wei, Bro Eddie dengan begitu tenang telah meluahkan rasa hati beliau dan memberikan pesanan kepada rakyat Kelantan.Mari sama-sama kita saksikan luahan yang begitu ikhlas dari hati kecilnya.Dalam pada itu beliau dengan jujur menyatakan ingin melihat negeri kelahirannya ini berubah dan berdaya saing seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

TUKAR ADALAH HIJRAH.


No comments:

Post a Comment