Sebagai Menteri Pelajaran beliau juga berkata jika dinilai kad laporan Kelantan adalah dalam kategori F yang maknanya 'fail' atau gagal.Banyak sekali janji-janji PAS yang tidak ditunaikan dan banyak masalah tak diselesaikan.Tan Sri Muhyiddin juga meminta rakyat mengkaji dan meneliti prestasi PAS berdasarkan tiga faktor penting iaitu pembangunan infrastruktur, keupayaan menyediakan peluang ekonomi serta meningkatkan syiar Islam di negeri ini.Persetujuan telah di zahirkan sendiri oleh semua yang hadir bilamana mereka dengan begitu bersemangat sekali menggegarkan majlis itu dengan laungan "TOLAK PAS!!!" bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin.
Turut hadir isteri Tan Sri Muhyiddin Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas.Datuk Seri Awang Adek Hussin selaku calon Parlimen Bachok juga turut hadir bersama semua calon Barisan Nasional bagi daerah Bachok.
No comments:
Post a Comment