Thursday 2 May 2013

PRU13#Puluhan Ribu Belarok Ke Program Dato' Sri Najib Bersama Rakyat, Petanda Berakhirnya Pemerintahan PAS Kelantan (05/05/2013)#Tukarkelantan#

Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak di Sk Tok Bok,Machang disambut oleh 30ribu masyarakat yang hadir di Program Bersama Rakyat di Kelantan pada jam 11.25pagi.

Datuk Sri Mustapa Mohamed bersama dengan calon Parlimen Machang Datuk Jazlan dan semua calon Barisan Nasional bagi Daerah Jajahan Machang turut hadir mengiringi Yab Perdana Menteri.                      



Datuk Sri Najib menyampaikan ucapan,amanat dan kata-kata semangat kepada seluruh masyarakat Kelantan yang hadir.Perdana Menteri juga turut menzahirkan rasa terima kasih atas sambutan yang telah diberikan kepadanya.Sebelum itu Datuk Sri Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan telah menyampaikan ucapan aluan sebagai memulakan majlis.Sebagai manifesto tambahan Perdana Menteri juga telah berjanji untuk mewujudkan sebanyak 1000 unit Perumahan Mesra Rakyat di daerah Machang.


25 ribu masyarakat dari berbagai golongan kaum dan umur dari sekitar daerah Machang yang begitu bersemangat sekali membanjiri tempat yang telah di sediakan di padang Sk Tok Bok, Machang Kelantan.

Kehadiran Perdana Menteri di Smk Chabang Empat juga disambut begitu meriah sekali oleh orang-orang Tumpat.Kehadiran kasar sahaja di anggarkan sekitar 30 ribu orang.Seperti biasa Tok Pa selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan telah menyampaikan ucapan aluan.Datuk Rosdi yang merupakan calon Barisan Nasional N04 Dun Wakaf Bharu beserta semua calon Barisan Nasional bagi jajahan Daerah Tumpat dan jentera masinig-masing turut hadir bagi menyatakan sokongan penuh mereka keatas kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak. 






Ini adalah 5 janji PM NAJIB RAZAK untuk rakyat TUMPAT jika BN memerintah kelate.
1) Menaik taraf pasar Chabang Empat.
2) Menaik taraf pasar Tumpat.
3) Menaik taraf kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubor.
4) Menaik taraf surau/madrasah dlm kawasan Tumpat.
5) Menyambung bina  Jambatan Palekbang yang telah diletakkan batu asas oleh PAS Kelantan sebelum ini demi kemudahan yang lebih baik buat penduduk Tumpat dan sekitarnya.









No comments:

Post a Comment