Sunday 10 June 2012

KENYATAAN BERBENTUK 'FATWA' PEMIMPIN PAS AKAN DISIASAT

Machang - Umno bersedia mendedahkan kenyataan kenyataan berbentuk fatwa yang pernah dikeluarkan pemimpin Pas dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sejak 'Amanat Haji Hadi' dikeluarkan pada 1981, pihaknya ada merekodkan kenyataan pemimpin Pas sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis.

"Rekod ini kita kena tengok semula sebelum kita hebahkan kepada orang ramai, kita akan semak siapa yang benar dan siapa yang tidak benar dalam perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Jiwa Malaysia di Universiti Teknologi Mara disini, Sabtu.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menafikan pernah menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih Pas pada pilihanraya.

Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu beliau hanya menyebut orang yang mengundi parti itu, khususnya pada Pilihanraya Umum 1990, mendapat pahala. -Bernama.

No comments:

Post a Comment