Tuesday, 1 May 2012

RAKAMAN BUKTI PESERTA BERSIH DIBAYAR RM 200 WAJIB HADIR

KOTA BHARU - Selepas Pas membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.
Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.
Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Gk Yang Jahil berpandangan....

Menarik nafas panjang setelah membaca kenyataan Nik Aziz itu, kenyataan Nik Aziz seperti itulah yang membuatkan Gk agak anti terhadapnya dan tanpa segan silu untuk memaki hamun beliau, Nik Aziz merupakan Ulamak yang bergelar Tuan Guru hanya untuk penganut Pas sahaja, untuk umat Islam ia jauh tersasar dari landasan sebenar ajaran Islam.

Apa hukumnya menyertai perhimpunan Bersih ? Hukumnya adalah WAJIB kata Nik Aziz, WAJIB ni adalah mesti, mesti buat, jika tak buat ianya berdosa, WAJIB ni sepertilah solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan sebagainya sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Inilah bahananya mencampuri urusan politik dengan agama, Nik Aziz suka melihat Islam didalam kerangka politik Pas yang jumud tanpa melihat didalam kerangka Islam yang luas dan adil. Jika WAJIB menyertai perhimpunan Bersih, maka dengan ini berapa ramaikah umat Islam di negara ini yang akan menanggung dosa akibat dari ketidakhadiran mereka.

Jadinya perhimpunan Bersih yang didalangi Ambiga ini lebih wajib dari menunaikan haji, Mahasuci Allah yang hanya mewajibkan kepada umat Islam yang MAMPU sahaja untuk menunaikan haji. Tidak mampu tidak apa, tapi berbeza dengan Perhimpunan Bersih yang diWAJIBkan oleh Nik Aziz tanpa sebarang klausa alasan.

Bila seorang yang dianggap Ulamak meWAJIBkan perkara itu apalagi yang ingin didambakan dari seorang Ulamak seperti itu, tidak dinafikan mantik yang digunakan Nik Aziz untuk mewajibkan perhimpunan tersebut dengan dalil menentang kemungkaran ada benarnya,

Namun itu hanyalah pandangan dari konteks politik semata-mata bukannya dari sudut pandang Islam yang akan mengambil kira dari beberapa faktor lagi. Islam tidak akan melihat sesuatu perkara mungkar itu untuk terus dihukumkan tanpa menilai beberapa kesan dan juga cara kaedah perlaksanaan untuk menanganinya.

Dalil yang nak di bagi terlalu banyak biarpun tidak sealim Nik Aziz, namun cukuplah dengan mencadangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 itu ditukar kepada Perhimpunan Menuntut Perlaksanaan HUKUM ALLAH @Hudud yang dipimpin oleh Ulamak dan barulah ia difatwakan sebagai WAJIB bagi umat Islam menyertainya dan SYAHID jika meninggal dunia ketika menghadirinya.

Mana lagi penting diantara dua perhimpunan itu secara Islamnya? Apakah Nik Aziz fikir Hukum Allah itu kecil tanpa meliputi kesemua lapan perkara yang dituntut oleh Bersih? jika tidak masakan ia lebih mewajibkan Bersih Ambiga dari Hukum Allah Taala.

Secara jujur dan ikhlas, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa, sesungguhnya demi Allah saya akan sertai perhimpunan untuk Menegakkan Hukum Allah yang jelas dalilnya diredhai oleh Allah dan MATI ketika itu matinya adalah MATI Syahid.

Adapun Perhimpunan Bersih yang hanya untuk kepentingan individu mencapai cita-citanya dan tidak jelas ketokohan Islam pemimpinnya, maka Gk menyeru supaya kita tidak menyertainya, bukanlah kemungkaran kerajaan Barisan Nasional sahaja yang patut kita lihat dan tentang, sedangkan kerakusan kerajaan bukan BN pun lebih dasyat mungkarnya...Anda Mampu Mengubahnya... - Gelombang Kick

1 comment:

  1. Melayu Kelantan sekor ni bengo tahap gunung Kinabalu. Bodoh mengalahkan unta Padang Pasir.

    ReplyDelete