Saturday 31 August 2013

Haramkan #TandaPutera Guang Eng Bodoh dan Tak Demokrasi! - @Azwanbro #Onebro4NKP


Kenyataan dari Azwanbro.com



Tanda Putera Apa Agenda DAP Pulau Pinang?
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri.

Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara.

Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut?

DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu.

Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang.

Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.

No comments:

Post a Comment