Wednesday 25 September 2013

#ShamsulAnuar4MT : Pengerusi PTPTN Dato Shamsul Anuar Pun Bertanding Dalam #PemilihanUMNO


Bahang pemilihan UMNO semakin dirasai lebih-lebih lagi setiap calon dibenarkan berkempen melalui media sosial. Pengerusi PTPTN merangkap Ahli Parlimen Lenggong turut bertanding merebut jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO :
Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI] 
Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong.
Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif bersama golongan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' UMNO antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.

Bukan nak kempen, cuma nak cerita - selebihnya terserah kepada perwakilan kerana undi di tangan tuan/puan.

Akhir sekali nasihat saya kepada para perwakilan yang bakal membuat pilihan Oktober nanti, nasihat saya kenali terlebih dahulu nama-nama yang tertera. Inilah yang saya cuba lakukan sekarang, jangan risau siri 'Bukan Nak Kempen, Cuma Nak Cerita' tidak ketengahkan mereka yang hanya nampak muka setiap kali musim pemilihan.
BLOG YY 

No comments:

Post a Comment