Sunday, 14 October 2012

Antara Petikan Ucapan Tun M Membuktikan Pengaruh Beliau Dalam PRU13


BERIKUT sebahagian daripada petikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini, yang berkait rapat dengan pilihan raya umum.

“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon.

“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak.

“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” – 12 September 2011

 "Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa, mereka akan berbuat demikian, dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali, misalnya mengenai proses transformasi.

"Bagi saya, untuk kembali dan terlibat secara langsung (dalam politik), itu tidak mungkin berlaku. Sekali saya keluar, saya tidak akan masuk semula. Saya hanya berharap mereka akan membaca blog saya, hanya setakat itu yang boleh saya sumbangkan," - 30 September 2011

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar.

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” - 2 Oktober 2011

“Perkembangan politik di dalam UMNO masa kini adalah lebih baik daripada daripada 2008. Pada ketika itu, ramai ahli UMNO telah mengundi pembangkang. Bukan bermakna mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin di waktu itu jadi ianya direalisasikan dalam bentuk undi.

“Walaupun melalui masa yang sukar kerana mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen tetapi dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) berjaya melaluinya. Ramai yang mengatakan bahawa Malaysia telah membangun dengan baik,” -28 November 2011

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya).

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," 15 April 2012

"Mereka nak jadikan Malaysia seperti Mesir, Tunisia yang dijatuhkan melalui rusuhan dan sekarang Syria...bila kerajaan tak jatuh, boleh minta kuasa asing tolong jatuhkan, tak kiralah guna senjata sekalipun.

"Rakyat kena fikir dan tidak boleh benarkan perkara ini berlaku dengan memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU (pilihan raya umum) akan datang.

 "Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) disingkirkan kerana ada tabiat buruk. Bila kena buang dia tubuhkan PKR dan akan terus membuat bermacam-macam angkara untuk menjadi perdana menteri.

"Nikmat yang dikecapi mentadbir negara sendiri tidak boleh dilepaskan kepada orang yang tidak sabar dan sanggup pula memburukkan negara sendiri” - 6 Mei 2012

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah.

"Najib lebih popular sekarang.

"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya.”

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya,” - 9 Ogos 2012

"Saya tidak tahu apa isi kandungannya (Bajet 2013) , tapi saya ingat memandangkan pilihan raya tidak lama lagi, jadi ia adalah 'mesra rakyat'.

"Kalau mahu naikkan cukai rokok dan arak, itu tak mengapa, tetapi yang lain jangan naik- 22 September 2012. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment