Sunday, 8 April 2012

Gerakan TUKAR Parasit Baru Dalam UMNO

Seringkali pemimpin Umno dan Barisan Nasional terlupa akan kuasa yang ada kepada mereka sebenarnya datang dari rakyat, diatas keselesaan dalam kesombongan itu pasti ia akan terhukum.

100 Dalil kenapa Umno tak mampu tawan Kelantan selama lebih 20 tahun dan sekali lagi pada PRU 13 ini disebabkan beberapa faktor, 22 dari 100 dalil itu ada di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Setelah kajian terperinci dilakukan, maka diketemukan dengan dalil-dalil yang sebahagiannya memang sudah diketahui umum, namun biarlah dahulu kerana peluang untuk kepimpinan BN Kelantan masih terbuka untuk membuat perubahan atau akan mengalami nasib yang sama.



Semalam Gk bersama blogger amboorekampung telah turun padang bagi menguji, mengenalpasti dan merakamkan dalil-dalil tertentu dan juga bertemu dengan veteran-veteran Umno dan salah seorang daripadanya dari Bahagian Pengkalan Chepa. Usaha mencari serta bertemu dengan veteran Umno yang diabaikan akan diteruskan.
(Video terdahulu disunting dari kiriman Noranectv)
Orang-orang lama yang berjasa kepada Umno diabaikan tanpa pembelaan, sungguh tragis dan memilukan demi mengejar kepentingan peribadi, orang lama sanggup disampahkan, beginikah rupanya sikap Umno Kelantan ? Mulut selalu manis dengan janji dan kebajikan, PRU13 kononya nak menang dan nak TUKAR kerajaan Kelantan tapi semuanya tidak akan menjadi kenyataan.
 (Rakaman video seminit dari 50mint rakaman, sambungannya akan menyusul)
“Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.” bertitik tolak dari kata-kata itu, maka Bn Kelantan tidak seharusnya mengabaikan orang-orang lama, bertanya khabarlah mereka, bukannya mereka inginkan projek berjuta-juta, tapi umpama anak dan orang tuanya.

Tak payahlah tunggu Dato' Alwi...baru nak pergi!
Apakah gerakan TUKAR yang digerakkan oleh penerangan itu hanya hebat bergerak dengan kata-kata sahaja mengelilingi Peng Chepa ? Jangan pula gerakan itu akan memberi impak negatif kepada BN Kelantan diatas serangan penentangan bebas kepada cara yang tidak betul.

Veteran Umno adalah tulang belakang kepada kemenangan BN, biarpun ia tidak berkuasa parti, tapi anak cucu dan pengaruhnya akan melihat tidak cakna parti berkerajaan itu yang membuatkan mereka terasa hati dan akan membalas bila tibanya pilihanraya........

Oleh itu betapa mustahilnya TUKAR yang dimitoskan tanpa menghargai orang yang berjasa sedikit sebanyak  kepada parti, takkanlah kebajikan kepada veteran pun sampai 3 bulan menunggu masih tak dapat, duk buat apa semua tak boleh nak adjust, kalau ya pun sibuk main projek, kena ingat, tanpa sokongan akar umbi ia tidak kemana.

Tiada ke alternatif yang bersifat realiti? Pelik sungguh, pilihanraya nak menang siap dengan TUKAR lagi, tapi ketepatan sasaran gerak kerja tidak ada, banyak main dan banyak mengampu untuk menggapai niat tertentu, tak usahlah...tak layak langsung...

Namun kebajikan diatas menghargai veteran itu bukan sekadar untuk PRU semata-mata, hargailah mereka, buah tangan untuk lawatan tak habis RM 10 pun. Blogger Amboorekampung tak makan gaji pun mampu. Jangan jadikan Umno itu platform kebajikan hanya untuk orang tertentu.

Sebaliknya nak usaha TUKAR ni tidak perlulah tunggu pemimpin like dulu baru nak buat jugak, pergilah bertanya khabar veteran-veteran Umno seperti  Hj Syukri yang juga berada di Kawasan Peng Chepa, seperti juga rumah Nik Aziz tu, blogger Amboorekampung kato nok tarik balik "Acu try test sepenggal", hahaha, tak der idea sungguhlah, memalukan..sory lah Umno ya, takut semakin membiak spesis macam ni Umno jugak yang susah, nanti sepah akan terbuang....Bersambung nanti... Anda Mampu Mengubahnya - GK

AZIZ DESA KESAL DENGAN SIKAP HUSAM

KOTA BHARU- Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre, Aziz Desa melahirkan kekesalannya dengan tindakan pihak tertentu dalam Sekretariat Ekspo Cheng Ho Kelantan yang tersalah anggap dengan tindakannya.

Menurutnya, beliau hanya ingin meminta hutang dan bukan bergaduh dengan pihak berkenaan sebaliknya menjalankan tugas sebagaimana dipertanggungjawabkan.

“Niat saya cuma ingin mengutip hutang, bersikap proaktif demi kelangsungan KTC yang juga mempunyai pertalian dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Tetapi nampak gayanya, untuk mengutip hutang bukan satu jalan mudah apabila saya terpaksa berdepan masalah pihak- pihak berkenaan termasuk dihina dan diperlekehkan,” katanya ketika ditemui di KTC di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana beranggapan individu yang sepatutnya bekerjasama dan membantu beliau membangunkan negeri ini boleh bertindak demikian.

“Dia tidak menghormati kebaikan yang saya buat, termasuk membantu untuk mengadakan hebahan Tahun Melawat Kelantan (TMK) di TV9, dan membolehkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk

Takiyuddin Hassan muncul di stesen tv berkenaan untuk memperomosikan TMK, jangan dia melihat saya sebagai naif sangat,” katanya.

Aziz berkata, beliau bukan mewakili Kerajaan Negeri, sebaliknya syarikat luar yang datang melabur di negeri ini, dan beliau bukan meminta hutang dari sekretariat itu sebaliknya meminta bantuan pihak berkenaan dalam menyelesaikan masalah hutang KTC.

Menurutnya, lebih dikesalkan tindakan pihak berkenaan mengaitkan individu luar iaitu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang langsung tidak tahu mengenai KTC.

“Saya boleh maaf kalau dia hina, atau merendah- rendahkan saya, tetapi apabila dia mengaitkan Tan Sri Sanusi Junid yang tak ada kaitan dalam hutang KTC, saya merasa agak ralat kerana perkara itu boleh datang dari seorang pemimpin yang disegani di negeri ini,”katanya ketika mendedahkan perbualan memalui khidmat pesanan ringkas yang berlaku antaranya dan pihak berkenaan.

Bagaimanapun, dalam masa sama beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan yang kemudian menghantar wakil untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menegur tindakan Aziz membuat kenyataan media secara terbuka dalam misinya mengutip hutang.

Husam berkata, kenyataan kepada media secara terbuka terhadap pihak lain (agensi pelancongan) disifatkan sebagai tidak beretika dan tidak professional lebih- lebih lagi apabila menyebut agensi berkenaan menipu dan pecah amanah.

“Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri, ada tatacara profesional dan etika yang perlu diikuti, dan saya harap Aziz yang mewakili pengurusan KTC bersikap profesional dan menghormati tatasusila rakyat negeri ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan memasukkan isu berkenaan ke laman sosial Facebook tanpa memberi latar belakang dengan perspektif yang betul boleh menimbulkan gambaran sekretariat Chengho 2010 yang dipengerusikan saya mempunyai hutang-hutang dengan KTC.

Katanya, Ekspo Cheng Ho 2010 tidak mempunyai sebarang tunggakan hutang dengan KTC dan ini boleh disahkan melalui kenyataan media tersebut. - Sinar Harian